hai assalammualaikum

Tahniah dan Syabas nad ucapkan kepada Les' Copaque Production kerana menerima Gold & Silver Play Button dari YouTube untuk pencapaian jumlah subscriber seramai 1 Juta (Gold) dan 100, 000 (Silver) di YouTube Channel Les' Copaque !

Les' Copaque Production baru saja menerima Gold & Silver Play Button dari YouTube


Syarikat Les' Copaque Production dikejutkan dengan kiriman "Gold Play Button" dari YouTube bagi meraikan kejayaan Channel Les' Copaque di platform itu mencecah 1 juta pengikut. Ini merupakan kejutan berganda kerana pada pagi hari yang sama "Silver Play Button" sebagai penghargaan mencecah 100, 000 pengikut baru sahaja tiba. Hadiah ini dianggap satu penanda aras baru bagi Les' Copaque Production yang baru sahaja meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya.

Dengan 1, 000, 000 pengikut itu sekaligus menjadikannya "Most Subscribed YouTube Channel" di Malaysia. Antara lain, video yang dimuat naik di saluran ini yang bertajuk "New Toys" telah memenangi anugerah video paling popular kategori Malaysia di Anugerah Web TV Asia yang diadakan di Seoul, Korea baru-baru ini. Video itu telah dimuat naik di saluran YouTube Les' Copaque Production dan mendapat lebih 27 juta tontonan. Penyampaian anugerah tersebut boleh disaksikan dalam video "Top 16: Les' Copaque Highlight Moments of 2016" yang dimuatnaik pada 13 Januari 2017.

YouTube Channel Les' Copaque diwujudkan pada 2009 bertujuan berkongsi perkembangan terbaru syarikat tersebut dengan peminat. Les' Copaque telah menjadi rakan kerjasama YouTube sejak 2012. Ia mula bergiat aktif dalam penghasilan karya baru termasuklah siri animasi pendek DaDuDiDo yang hanya ditayangkan di platform Youtube.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Tahniah... Les Copaque semoga syarikat LC akan terus maju jaya

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2