hai assalammualaiku

Baju Kurung Moden Zaman Mak Kawin


Orang perempuan zaman dulu, badannya ramping, kurus kan, kalah kita. Kira nad ni beruntungla, sebab kurus macam orang dulu. Tak perlu pakai korset..hahahha. Tengok baju mak ni, mesti ikut bentuk badan habis. Bagusnya baju zaman dulu ni, kalau dijaga elok, masih boleh dipakai sampai sekarang. Tahan lasak juga baju zaman mak kita ni..heheheh..



Ni salah satu baju mak nad, yang nad boleh pakai. Sebenarnya baju ni kakak nad yang korek dekat almari mak, tapi dia tak muat. Jadinya nad yang ambil baju ni dan pakai. Sebab nad je yang muat baju mak ni..hehhe. Dalam keluarga nad la paling kurus dan sama bentuk badan macam mak dulu..cewahh..



Cantik kan baju mak ni.  Baju kurung moden dibuat dari sulaman yang kemas. Corak bunga, semuanya warna kuning. Walaupun semuanya warna kuning, corak bunga tu masih nampak dan timbul, jadi takda nampak tenggelam pun. Corak beralun lagi. Orang dulu buat baju kemas sangat.

Baju ni ada lapisan dalam. Cuma bahagian lengan dia tak letak lapisan, jadinya kenala pakai handsock. Orang dulu kan seksi sikit. Sekarang tak boleh seksi..hahaha.

Baju kurung moden mak ni, dulu nad boleh pakai baju sahaja, kain tak boleh, sebab punggung ku besar sikit. Nampak sangat pinggul mak kita kurus weii. Tapi kali ni nad dapat pakai kain dia sekali..hahhaa.Kurus kot..jangan jeles. Cantik sangat bila dah pakai sepasang ni.



Baju ni dulu mak pakai masa kawin. Sekarang nad pakai pergi majlis..hehehe..masih cantik. Takde koyak pun sulamannya. Turn nad pulak jaga baju ni. Kena jaga untuk turunkan ke anak pula..hehehe..tu pun kalau anaknya kurus macam maknya..huhuhu.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. masih cantik kan Nad, kak ana pun baju nikah anak dara dah boleh pakai cuma depa tak nak jer pakai fesyen lama kata depa hihi, kain ni macam dah keluar semula design dia kan.. pas ni pass kat Fariza pula Nad :)

    ReplyDelete
  2. wow letopsnya. baju mak kita pon ada lagi tapi xhelok plak nak pakai ahhahahaa

    ReplyDelete
  3. untung baju mak mak boleh pakai lagi, baju kahwin Arwah Ummi IQ tu IQ boleh pakai masa IQ zaman sekolah menengah jer, lepas tu dah tak muat..kecik sangat Arwah Ummi IQ masa dulu..slim melim...

    ReplyDelete