hai assalammualaikum

Bila anak buah semakin membesar, bolehla mintak tolong itu ini. Lagi-lagi anak buah perempuan, dapatla tolong kita buat banyak perkara. Macam anak buah nad ni, perempuan tingkatan dua, memang kalau nad balik rumah mak, dia jela nad cari mintak tolong..hahaa. Biasalah, anak buah serba boleh. Bukan je pandai masak, malah pandai menggunting rambut..hahaaa. Memang anak buah serba boleh sangat.

Anak Buah Serba Boleh


Ni la dia anak buah serba boleh yang nad cakap kan tu. Nad panggil dia dengan nama Hiera. Ni anak sulung kakak. sekarang dia tingkatan dua. Dia la yang bawak motor, lepas tu kemalangan. Hah cerita ada dekat SINI. Kalau apa-apa nak mintak tolong, panggil je dia, tapi bila masanya jangan lupa bagi upah..hahaa..tapi jangan cakap depan dia, nanti dia buat kerja tak ikhlas..hehee. Macam nad, akan bagi upah, bila nad dah nak balik bandar.

Ikutla nak bagi berapa. Ala mintak tolong bukan banyak, cuma kadang suruh masak meggi, suruh jaga Fariza, suruh kemas rumah nenek, suruh ambil gambar, ajak teman pergi kedai dan satu lagi kebolehan dia, pandai gunting rambut...hahaha. Jimat duit, tak perlu pergi kedai rambut. Kadang-kadang mintak suruh urut..hahaa..tangan besar, sedapla bila ngurut orang..hehee.


Pembersih budak ni. Asal budak-budak main, mesti nak kene kemas..tapi kalau datang rajin dia. Kalau datang malas dia, dia biorkan je. Nad la tukang kemas pulak. Tu kalau nad ada dekat kampung, kalau dah balik bandar, tak tau siapa yang kemas..kihkihkih



Tengok je gaya dia, lagi lawa dari makciknya oiii..Memang betul orang cakap, budak sekarang pandai melawa. Kalau dulu nad, pakai bedak je. Korang tengok dia, siap kening tu dah pandai lukis..hampeh betul. Bila nad suruh lukis, dia cakap tak reti..huh..Gaya pun nak melawa je..Baju tu, baju mak dia punya. Ada juga rupanya pesen baju macam nad pakai ni..hahaa. Nad pakai mak nad punya, dia pakai mak dia punya. Memang ngam betul dekat badan dia ni.

Tak sabar nak tunggu anak buah lelaki pulak membesar, Pandai bawak kereta. Boleh pusing-pusing..hahahaa.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours