May 2016
hai assalammualaikum

Gelagat Si Kecil Usia 7 Bulan - Alhamdulillah..melihat perkembangan baby Fariza depan mata, buat nad tersangatla puas. dari baby, sampai la sekarang usia dia dah 7 bulan. Baby Fariza takdelah besar mana, comel macam maknya je..hehee..tapi pipi dia yang terlebih labuh..hhaahha..Sepanjang dia membesar, nak jaga dia takda susah mana. Cuma datang ngada-ngada dia tu..hehee..biasalah..Sepanjang tumbesaran dia, 2 kali je demam. Takpelah baby fariza kuat. Sekarang ni pulak, ada hingus dekat hidung dia, taknak keluar..haishh..demam dan selsema takda..cuma hingus tertinggal..mungkin dah pekat sangat, taknak keluar dia..Nasib Fariza ok je walaupun hingus tu duk kacau hidung dia..



Usia 6 bulan dia dah mula makan. Entry ada dekat SINI. 7 bulan ni, nad masih bagi dia puree. Bulan depan kot baru bagi makan bubur. Dia kalau makan, memang laju. Haritu checkup naik 6.4kg. Ok la..aslkan anak mommy sihat. Bila letak dekat walker, laju dia merayau..Sana sini nak pergi. Nad pulak yang pening..hahahaa..Sebab tu bila nad buat kerja dekat dapur, nad pasang tv Astro Ceria. sebab dia dah pandai tengok cerita kartun ok, lagi-lagi Didi & Friends dan Upin dan Ipin. Bayangkan dia tengah main dekat meja makan, dengar suara Didi atau Upin Ipin terus datang ke depan tv..bijak betul budak ni..dan dia suka dengar muzik, asal muzik yang dia suka, mesti tangannya gerak-gerak..hahahha..Boleh tengok reaksi dia menari dia dekat SINI 


Masa usia dia 4 bulan dia dah mengiring tapi lambat meniarap, tak taula berat punggung agaknya..Masuk 6 bulan baru meniarap, bukan setakat meniarap dan boleh berguling-guling sampai jatuh tilam..ada entry dekat SINI. Nak 7 bulan, bila dah pandai berguling ditambah dengan berpusing 360 darjah. Lepas tu boleh keluar daripada landasan (toto). Tanpa sedar, tengok-tengok dah sampai ke meja makan, tak pun depan kipas..huh!!! Bertuah ni anak. Bila dekat lantai mulalah dia " tap..tap..tap" tangannya ketuk-ketuk lantai..seronok bukn main..


Gelagat dia yang memang buat kami laki bini tersenyum bila dia nampak, mommy dia pakai tudung, cantik-cantik..tak pun daddy dia nak keluar, dia akan pandang dan senyum..sebab ingat kita nak keluar la tu. Dia dah tau nak jalan-jalan. Bila daddynya cakap "bye-bye"..mula nak ikut. Pantang buka pintu..terus dikejarnya..



Yang ni semestinya bila dah besar, dia dah makin kenal orang. Setakat ni alhamdulilillah, dia senang dengan semua krang. Yang penting, orang tu kena pandai main-main dengan dia, layan dia..hahaha..kalau tak, memang takmau la dia..

Macam tu perangai anak bila membesar kan..hurmm..semoga ku kuat nak menjaga baby Fariza ni.


hai assalammualaikum

KFC Super Jimat Box - Dari kecik dah diajar makan KFC..bila malas nak makan nasi, mesti pilih KFC..hahaha..dah jadi rutin, sebab dulu KFC la yang paling sedap dan murah. Siapa tak suka makan ayam kan. Ayam KFC pulak yang paling sedap sebab rempah dia guna tu memang buat orang nak makan situ.

Sebelum ni selalu pilih snack plate atau dinner plate. Kedua-dua ni harga atas RM10 bawah RM20..kihkih..  Makan dua atau tiga ketul ayam pun boleh kenyang, ditambah dengan kentang lenyek dan coslow. Tak bestnya, kalau nak menu lain, kenala tambah duit..kann..

Ada 5 pilihan kotak hebat dengan harga serendah RM8.95 iaitu KFC Snacker Box, KFC Lil'Zinger Box, KFC Wrap Box, KFC Variety Box dan KFC Signature Box. 

Sekarang, semua dah ada dalam satu box. Tengok je iklan KFC tu, nampak macam sedap je. Yela, dalam satu box ada macam-macam jenis makanan..lagi syok...KFC memperkenalkan KFC Super Jimat Box. Kalau tengok dekat gambar ada 5 box..



Apa lagi, kalau ada terbaru mesti nak.cuba. Haritu nad lapar sangat, jadi nak beli la box yang ada sebab ada cheezy wrap iaitu KFC Wrap Box...
tapi, orang tu cakap habis pulak...ermmm..mana boleh habis-habis..tak bestla macam ni..huhuhu..Jadi nad pun beli yang Snacker Box iaitu ada 4 ketul nuggets, 1 ketul ayam, 1 fries dan minuman berkarbonat

Selalu fikir, akan dapat makanan macam dalam gambar. Sekali dapat macam ni daa...hahaha..gitu kann..takpela yang penting makan..Harga untuk box ni.. Amacam jimat tak korang rasa?? Nad yang penting makan dan pastikan ia sedap..


Nasib baik sedap. Nugget sedap, kentang rangup dan ayam goreng semestinya peha yang nyummy...Alhamdulillah..kenyang haritu..memang puas hati...huhuhu..Nanti nak cuba box lain pulak la...


hai assalammualaikum

Tempat Makan Hipster Garage 51 Bandar Sunway - Selalu nampak kawan-kawan blogger makan tempat pelik-pelik ni. Nak lagi sedap, orang panggil hipster la..Sekarang ni trend hipster dan menular di negara kita. Bila dah hipster, nad pun teringin jugakla nak mencuba. Takkan nak tengok je kan!!.. Lagi-lagi bab makanan, kita memang rakus..hahaha..Bukan sahaja tempat makan tu pelik, tapi persembahan minuman dan makanan pun pelik..Macam mana pula rasa dia?? Adakah pelik juga??..



Hah!!.Akhirnya nad berkesempatan untuk makan tempat cafe hipster ni. Disebabkan konsep cafe ni Hipster, jadi konsep bangunan dia pun mesti nampak kelainan sikit. Tengok dari luar pun dah nampak unik dengan lukisan tu. Nama cafe ni Garage 51. selalu dengar perkataan Garage ialah tempat bangsal. Tak kisahla bangsal kereta ke, bangsal apa-apa la..hahaa..tapi yang ni tempat makanan ok. Haritu mommy dengan Fariza pakai baju askar..nak hipster jugak..hahaha


Cafe ni terletak di Bandar Sunway. Lama sangat tak jejak Sunway. Dulu-dulu zaman remaja, Sunway piramid tempat dating kita..hahahaa..Ok berbalik kepada Garage 51. Sebelum masuk dalam cafe ni, dah nampak kerusi dekat luar ni. Kerusi ni pun diperbuat daripada tong. Kreatif tak kreatifla..Ni namanya kitar semula. Bagi mereka yang nak open air atau mereka yang nak merokok, bolehla duduk di luar ni.






Bahagian dalam pulak, ada dua tempat. Satu bahagian bawah dan satu bahagian atas. korang boleh nampak, pelbagai tempat duduk disediakan. Ada khas untuk mereka yang datang secara berkumpumpulan, macam kami duduk di meja panjang dan tinggi, lagi tempat duduk untuk 4 orang. Ikut pilihan korangla erk..Mana-mana pun selesa..Boleh nampak tempat bahagian masakan, dan boleh tengok orang tu buat air hipster..huhuhu...


Kalau nak bersantai sambil baca buku pun boleh..hehehe..Sambil makan sambil membaca...huhuhu..

Menu Bulan Ramadhan
Ok, tak sabar kan nak tengok menu apa yang ada dekat sini..Jom nad tunjukkan. Sebelum tu, nad nak tunjukkan menu untuk Ramadhan 2016 nanti. Lagi beberapa hari nak bulan puasa, macam biasa ada tempat-tempat yang menyediakan menu baru khas untuk Bulan Ramadhan. Garage 51 menyediakan 3 menu istimewa sempena Bulan Puasa nanti iaiatu 2 menu makanan dan 1 minuman.



Hah!! ni la dia. Minuman terbaru sempena Bulan Ramadhan. Air Bandung Cendol Dengan Karipap dan Kurma. Huh!! Dalam minuman pun ada kuih kau..hahaha..nampak je pelik tapi sedapp oo..Tak manis dan karipap tu memang sedap. Susah nak cari karipap sesedap macam tu sekarang. Sekali ada kurma, jadi, sebelum buka puasa kena makan kurma dulu kan. Hah!!..sesuai sangat air ni untuk Bulan Ramadhan nanti. Harganya RM18.90.

Ada dua menu makanan yang disediakan sempena Bulan Ramadhan iaitu



Nasi Goreng Serunding dengan Kebab Percik. Nasi goreng dengan serunding memang meletop kau..sedap betul. Ditambah dengan kebab tu, fuh!!!..meneyelerakan..Kebab tu sangat sedap..Nampak tak kuah kuning tu..hah!!..sedap kuah tu..calit la dengan kebab..memang nyum..nyum...Harga makanan ni ialah RM20.00



Menu kedua ialah Spagetti Serunding dengan Kebab percik. Pertama kali makan serunding dengan spagetti, tak sangka boleh masuk dua-dua ni, rasa dia memang lazat. Western dicampur dengan melayu..terbaikklaaa..Harga dia RM20.00

Menu lain
Menu lain yang terdapat di Garage 51 yang wajib korang terjah dan cuba ialah


Hah!! ni la ni minuman keluarga kacau bilau . kenapa dipanggil kacau bilau?? sebab ada Ada The Father (Chocolate with peanut butter), The Son (Nutella with hints of hazelnut awesomeness), The Cousin (Salted caramel with brownies) dan The Nephew (Cookies and cream - Baharu) dengan harga RM 18.90 setiap satu. Korang patut cuba weii...memang sedap semuanya..Picagari tu dalamnya susu tau..korang jangan masuk dalam mulut..tapi tekan picagari tu dalam air..hahaha..



Grill Salmon Spagetti Dengan Lemon Cream. Ni paling mendapat sambutan kami semua..hehee..sebab dia so creamy dan lazat. Ditambah dengan salmon yang diperah dengan lemon..Sedap sangat kau!! Tak muak pun kalau makan..serius weii..Harga dia RM 24.00


Chicken Parmagiana dengan Mashed Potato sama je macam chicken chop tapi kuah dia lain sikit. ayam dia rangup setiap kali gigitan. Harga RM 18.00



Penne Basil-Spinach Pesto denagn Grilled Chicken. Tak tau nak cakap menu ni macam mana..hahaha..sebab nad makan bersama dengan ayam dia baru sedap..Dia punya kandungan macam bubuh rempah. Harga RM 16.00



Chicken Mango Salad dengan Wholegrain Mustard Dressing..untuk mereka yang nak diet, makan ni pun boleh..hehee..Makanan berkhasiat iaitu salad, ayam, tomato dan mango. Semua ada..Memang sedap..harga RM 12.00

Hah!!..nad puas hati dengan makanan dan minuman dia..semuanya menyelerakan..Tak rasa sia-sia datang dari jauh..dengan tersesat..dengan jem lagi...hehehe..Jadi silalah pilih Garage 51 sebagai tempat makanan untuk korang berbuka puasa nanti. Lagi bagus booking dahulu, takut takda tempat nanti, meranan korang nak cuba. Takpun datang santai-santai sebelum puasa pun boleh..

Ini details Garage 51 by Coffee Societe at Bandar Sunway untuk korang…

Garage 51 by Coffee Societe at Bandar Sunway
Facebook : Garage 51 by Coffee Societe at Bandar Sunway
Instagram : Garage 51
Alamat : 51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
No Telefon : +60 3-5612 5618

Waktu Operasi : Isnin hingga Ahad
11:00 am – 11:00 pm

hai assalammualaikum

Terpegun Melihat Persembahan Cak Lempung - Persembahan Cak lempung yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar SK Shah alam. Comel-comel je tengok semua budak-budaknya. Dengan baju yang sedonodn dan mekap yang digunakan..hehee..Persembahan ni dibuat sempena Buffet Ramadhan Di Restoran Istana Bambu 2016 kali ni. Jadi takdelah korang boring senyap je kan..Sekurang-kurangnya ada jugak muzik yang didendangkan.



Melihat kepada alat-alat muzik tu, kalau nad la, mesti nad pilih untuk alat muzik gong besar tu..hhahaa..sebab mudah je..ketuk ikut rentak je..hehehe..kalau gong yang kecik-kecik ni kena hafal la mana nak kene ketuk dulu. Tersalah ketuk mesti muzik lari. Nak main alat muzik kena ada minat. Pastu baru la syok nak belajar kan..hehee..

Sebenarnya nak cerita tentang baby Fariza ni. Di pun nak sibuk main jugak..kau tengok ni..Macam nak tunjuk pandai je..




Hahahha...Dengan memek muka dia yang macam takda perasaan, dah memang boleh buat dialog dah..mommynya la ada sahaja nak dibuat..Masa Fariza dengar muzik ni, tangan dia bergoyang-goyang hah!!..hahaha..

sampai rumah pun, kalau pasang, khusyuk je dengar sambil goyang-goyang tangan..


Hah, korang kalau nak tengok persembahan adik-adik ni, bolehla beriftar di Restoran Istana Bambu..
hai assalammualaikum

Projek Amal Wakaf Telekung Siti Aishah - Semalam nad ada hadiri satu majlis amal yang diadakan di Hotel Royale Bintang. Majlis amal ni merupakan Projek Wakaf Telekung Siti Aishah yang dicetuskan oleh syarikat D'or Rue Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat pembuatan aksesori wanita milik Bumiputera. Majlis telah dilancarkan oleh YAM Permaisuri Datuk Amar Hajjah Siti Aishah Binti Dato Seri Abdul Rahman, mantan Raja Permaisuri Agong.




Projek ini dilaksanakan bukan sahaja membantu masyarakat kita untuk melakukan kebaikan dan kebajikan malah untuk membantu golongan wanita berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan. Kaum wanita yang dikategorikan sebagai miskin tegar dibekalkan dengan mesin, peralatan dan bahan mentah untuk menghasilkan produk seperti aksesori wanita dan produk jahitan. Golongan ini dilatih melalui satu program yang dinamakan program Azam Kerja.

Sehubungan dengan itu, bagi memajukan usaha mereka serta mengembangkan program ini ke tahap yang lebih baik bagi membantu golongan ini, terciptalah idea untuk membuat Projek Amal Wakaf Telekung Siti Aishah ni dengan melantik beberapa wanita sebagai vendor bagi menjahit telekung dan tudung yang ditempah oleh syarikat. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan ekonomi keluarga serta menjana ekonomi untuk negara dan seterusnya mengurangkan sikap hanya bergantung kepada bantuan kerajaan.




Pihak syarikat menamakan dengan jenama Siti Aishah setelah mendapat perkenan YAM Permaisuri Datuk Amar Hajjah Siti Aishah Binti Dato Seri Abdul Rahman, mantan Raja Permaisuri Agong yang juga turut berkenan menjadi penaung. Program ini sangat mengalu-alukan sokongan daripada semua pihak, agensi kerajaan, swasta, persatuan, pertubuhan, GLC dan orang perseorangan yang mahu menanam saham akhirat melalui projek.



Pengarah Urusannya, Hanizah Zainuddin berkata"Saya percaya ramai dalam kalangan kita yang mahu menyumbang demi kelangsungan ekonomi golongan yang memerlukan. Justeru kami menyediakan jalan ini kerana setiap sen yang disumbangkan sangat besar ertinya.



Pakej Wakaf Telekung Siti Aishah akan dihantar ke Rumah Anak-anak Yatim, Sekolah Tahfiz, Rumah Orang Tua-Tua, Masjid, Surau, R&R, Stesen Minyak di seluruh Negara Termasuk Sabah dan Sarawak bergantung kepada permintaan orang ingin mewakaf. Lokasi dan sumbangan juga boleh dilakukan mengikut permintaan si penyumbang.

Pakej Wakaf telekung dengan kadar harga:
Dewasa : RM35.00 sehelai  
Kanak-kanak ; RM30.00 sehelai 
Untuk menyertai wakaf telekung tersebut , sila hubungi 
Waktu pejabat : 03- 61841662/667 atau
Mohd Zaharuddin : 019-6821965 
Wan Farah: 013-3358570 
Norlida : 013-2250751  dan 
Rozita : 013-3061175 
Boleh juga datang ke alamat :
D’or Rue Sdn Bhd, 23, Kompleks Kilang SME Bank, 
Jalan SBC6, Taman Sri Batu Caves, 68100, Batu Caves, Selangor.
Wakaf boleh dibuat melalui tunai, bayaran cek dan online di nombor akaun Maybank 562151000859. Sila emaill slip bayaran pengesahan ke dorrue@gmail.com. Simpan resit untuk tujuan pengecualian cukai pendapatan.
hai assalammualaikum

Sambal Hitam Pahang - Nad selalu makan sambal belacan je, jadi bila orang cakap pasal sambal lain, mulalah macam jakun sikit sebab tak pernah makan dan jumpa..hahaa..Nad tau pasal Sambal Hitam Pahang ni pun masa belajar dekat UUM. Biasalah, masa study bercampur dengan semua bangsa. Jadi masa tu la kau tau apa makanan tempatan masing-masing. Dan sejak tu baru kau nak rasa dan cuba makanan tu. Contohnya macam budu. Tak pernah sentuh dan makan, tiba-tiba kawan ajar makan, terus nad jadi ketagih..hahhaa..dasyat tak dasyat la..Sama jugak tempoyak..fuhh..


Samalah macam Sambal Hitam Pahang ni. Kawan dari Kuala Lipis Pahang yang kenalkan. Cara masak dia bukan mudah ooo!!!..Payah memang payah, kalau kau tak reti. Habis hangus dibuatnya sambal tu..hahhaa..Baru-baru ni, kawan Johor cuba nak buat Sambal Hitam Pahang ni,, habis hancur kuali dia..hahaha..sampai gas habis..hahahha. Gara-gara rebus belimbing..hehehe...Biasalah mintak tunjuk ajar kawan dari whatsup group..gitulahh..

Ni kawan UUM ada bagi resepi Sambal Hitam
1) 1 mangkuk bilis
2) 1 1/2 mangkuk bawang
3) 1/2 mangkukbelimbing rebus (rebus dahulu ye. Rebus tak perlu air banyak. Kawan cek yang pesan)
4) 1/2 mangkuk cili ( belimbing dan cili bergantung. Kalau nak pedas dan masam tambahla cili dan belimbing. Kalau boleh belimbing lebihkan sikit dari cili.
5) Garam


Tapi kalau memang tak reti baik beli je..hahaa..Tapi kawan nad tu jenis, kalau nak buat, memang dia akan buat..bagus dia tu..Jadi nad pun teringin nak makan..Nak beli dengan kak Sue Izza.. Katanya Sambal Hitam dari Pahang punya..asli ler..Malam tu memang malas masak. Goreng ikan je. Makan dengan nasi campur Sambal Hitam ni..aummm..sedapp...Ada lagi dekat rumah ni. Nad beli RM18 je.huhuhu..

Lepas ni nak cuba apa pulak ye..ermmm..
hai assalammualaikum

Peluang Untuk Menjadi Pengasas Produk Secara Percuma - Kalau kita tengok sekarang, ramai untuk memilih mempunyai perniagaan sendiri dan bekerja sendiri. Sebab boleh nampak kepuasannya, bila kita melihat produk yang kita jual tu laris dengan pendapatan yang mengagumkan. Nad pun teringin nak jadi ahli usahawan yang berjaya, lagi best kalau ada produk sendiri. Nad sendiri amik kos keusahawanan semasa belajar dahulu. Tak dinafikan, nak jadi seorang usahawan bukan mudah, kena ada ilmu dari segi pembuatan, pemasaran, pembungkusan, strategik..

Selain itu, kena kuat dari segi fizikal dan mental. Tapi..bila difikirkan balik semua tu memerlukan duit. Sebut duit je, mesti muka akan mencuka..huhuhu.. Hah!! jangan risau..ni nad nak bagitau berita gembira sangat-sangat..Nad ada dapat maklumat mengatakan ada satu pihak NGO ingin menaja sepenuhnya kepada mereka yang berminat ingin menjadi pengasas produk. Nak tau siapa??..hah ni peluang untuk mereka yang betul-betul berminat untuk menceburi bidang usahawan ni. Sesuai untuk mereka yang
1) Mereka yang baru habis belajar ( graduan baru )
2) Mereka yang sedang memburu kerja
3) Mereka yang ingin menjadi pengasas produk
4) Mereka yang ingin belajar tentang pengurusan kewangan
5) Mereka yang ingin belajar mengenai pemasaran online/offline

Peluang Untuk Menjadi Pengasas Produk Secara Percuma


Hah!!, ni la pihak NGO yang berbesar hati untuk menaja korang tu. Pihak MVM (Muslim Volunteer Malaysia) sebuah badan NGO dengan kerjasama MOHA GROUP berbesar hati mengadakan bengkel untuk memulakan bisnes sendiri iaitu MVM Apprentice. #MVMAPPRENTICE merupakan program amal keusahawanan dengan kerjasama MOHA GROUP bagi memupuk minat keusahawanan seterusnya melahirkan usahawan kosmetik yang berjaya pada usia muda. Apprentice yang berjaya berpeluang untuk mengeluarkan produk mereka sendiri secara PERCUMA melalui bantuan dana dari MOHA GROUP SDN BHD

Ini peluang buat anda yang berminat untuk belajar mengenai bisnes, anda boleh hadirkan diri ke "Preview MVM Apprentice yang seterusnya pada 29 Mei ini. Khas buat anda yang masih mencari kerja. Tiba masa untuk anak muda mempunyai kerjaya, bijak mengurus kewangan dan menjadi pengasas produk.

Tiga Panel Jemputan MVM Apprentice


Panel-panel yang dijemput untuk berkongsi ilmu dan tips untuk menjadi usahawan yang berjaya..

YAYA MOHAMAD

Yaya Mohamad merupakan Pengarah Urusan bagi syarikat MOHA Group Sdn. Bhd dan dua syarikat lain iaitu MOHA Trading Sdn. Bhd serta MOHA Biotech Sdn. Bhd. Beliau merupakan usahawan kosmetik yang berjaya dalam usia muda. Usia muda dan kepayahan hidup sebelum ini tidak menghalang beliau untuk terus maju dalam bidang keusahawanan kosmetik. Mempunyai pelbagai produk kecantikan yang hangat dipasaran dan dikenali di serata Malaysia serta dikagumi oleh usahawan yang lain.

SHIDA MOHAMAD

Shida Mohamad merupakan Pengurus Besar Jamutera Trading Sdn. Bhd. serta pengasas kepada 5 produk kecantikan dan kesihatan khas untuk pasaran online bermula pada awal tahun 2014.

YA MUHAMMAD

Ya Muhammad merupakan seorang usahawan muda dan Presiden kepada Pertubuhan Sukarelawan Muslim  Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia Association). Beliau juga aktif memberikan latihan berkaitan pemasaran Online kepada Usahawanan Muda.


Syarat Program
- Anda mestilah berusia 21 – 28 tahun
- Bagi anda yang berminat untuk sertai “Preview MVM Apprentice 2.0” pihak MVM telah melonggarkan  beberapa syarat untuk anda,
SEBELUM SELEPAS
Minimum CGPA 3.0 Minimum CGPA 2.5
21-25 TAHUN 21-28 TAHUN

MAKLUMAT PROGRAM
Tarikh: 29 Mei 2016
Hari: Isnin
Masa: 9 pagi –3 petang
Tempat: EZAZ Wealth Management & Consultancy
Alamat: No 13 B, Tingkat 2, Pusat Perdagangan Suri Puteri, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 20, 40300, Shah Alam, Selangor.
Penganjur: Muslim Volunteer Malaysia (MVM) Penaja Program: MOHA GROUP SDN BHD
Peserta: Terhad kepada 100 orang sahaja!
Pendaftaran: 019 – 387 4397 Atiqah

Cara Mendaftar

Whatsup : Daftar SEKARANG >> Dengan whatsApp nama penuh anda ke no 019 – 387 4397 – Atiqah, dan beritahu yang "saya berminat untuk hadir ke "Preview MVM Apprentice pada 29 Mei ini"
Facebook : Anda juga boleh klik "interested" / "going"di event kami di FB " Preview MVM Apprentice 2.0
Website ; Maklumat lanjut di website https://mvm.org.my/preview-mvm-apprentice-2-0/645
Mohon juga bantu untuk hebahkan kepada kawan-kawan anda, terutamanya kawan anda yang masih mencari peluang pekerjaan / yang berminat untuk menjadi usahawan.
hai assalammualaikum

Bagi Baby Makan telur Tengok Alergi Ke Tidak - Harini macam biasa baby Fariza checkup dan cucuk untuk usia 6 bulan. Walaupun harini dia dah masuk 7 bulan, disebabkan lewat cucuk usia 5 bulan disebabkan demam, jadi tarikh dianjakkan. Takpela, tak kisah, yang penting cucuk tu dah mengikut usia dan jadual yang dah diberi. Kalau boleh taknak terlepas cucuk sebab untuk kebaikan anak.


Macam biasa masa check up, nurse cakap " Dah bagi makan anak?? baby dah meniarap?? Baby dah pandai pegang benda??"..semua nad jawab "dah..makan bagi yang puree..tu"..Nurse pun cadang bagi nasi dengan kurma. Memang nad nak buat, tapi tu la nak mencari kurma nanti..huhu..Sebab baby Fariza suka benda yang manis-masis ni. Sebab tengok dia makan pisang, suka sangat. Bukan setakat pisang, epal, pair..gitu anak dara sorang ni. Dah nad masa mengandung kuat makan, sampai kat dia, semua nak makan..hahaha..

Suntikan MMR


Lepas tu nurse cakap " Nanti bagi makan telur ye"..Nad terkejutla "hah telur "..Nurse pun cakap "..ahak, telur..nak tengok dia alergic ke tak"..Nad pun terpinga-pingala, pastu cakap " Bagi macam mana, lenyek atau seketul tu". Nurse cakap rebus pastu bagi je".. apa motif untuk makan telur, tengok dia alergic ke apa?? Untuk apa sebenarnya..Bila nad dengar nurse cakap sebab nak tengok alergic ke tak..oo nad pun fikir tu jela. Pastu nad ada pos gambar Fariza dan cakap pasal telur, dan Kak syafiera pun ada cakap pasal suntikan MMR tu dekat komen instagram. Nad pun pelik..apa kene mengena dengan suntikan MMR tu??..

Rupanya bila nad google, suntikan MMR akan diberi sebelum usia baby 1 tahun..Suntikan tu mengandungi telur dan mungkin akan memudaratkan bayi yang ada alahan dengan telur. Sebab tu kena bagi makan dulu, tengok dia alergic ke tak. Sekiranya selepas diberi telur kuning dan baby tidak menunjukkan sebarang tanda alahan, maka boleh dianggap baby tersebut bersedia untuk menerima suntikan MMR setelah mencapai usia setahun kelak. Kalau ada alahan seperti ruam, gatal, bintik merah dan sebagainya tak perlu ke amik MMR ni??

Alamak..dah anak demam pun risau..apatah lagi kalau ada alahan..ermm..ermm..tapi nad dengan mr mafia jenis bedal je semua makanan..harap baby Fariza pun bedal je la kan..hahaha..Tadi kak syafiera ada komen lagi, ada budak yang alergic pun tapi disuntik jugak dengan MMR sampai ada disebabkan perkara yang teruk..lorr..dah tu apa motifnya dia nak tau alergic ke tak..ermmm..Macam ni la dah jadi mak-mak ni..risau memanjang dekat anak..kalau boleh nak anak sihat je selalu...

Ni kongsi artikel pasal MMR  http://www.doktorbudak.com/2013/09/15/adakah-vaksin-mmr-selamat/

Perlu Test Juga

Ya nad kena buat juga dekat baby Fariza. kalau boleh taknak la baby Fariza sakit apa-apa..Cara bagi anak makan telur..untuk rujukan nad juga...
Minggu Ke-1: 1 sudu besar kuning telur 1 kali seminggu
Minggu Ke-2: 1 sudu besar kuning telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-3: 1 biji telur kuning sahaja
Minggu Ke-4: 1 biji kuning telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-5: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 1 kali seminggu
Minggu Ke-6: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-7: 1 biji penuh telur
Minggu Ke-8: 1 biji penuh telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-9 dan seterusnya dah boleh bagi baby makan sebiji telur penuh tapi tak lebih daripada 3 kali seminggu

Macam abang ben cakap, berjaga-jaga dengan cucuk setahun ke dua tahun..takut anak kene eczema..ermm..dengar je dah gerun..Sebagai mommy kenalah sentaisa bersedia..mereka tanggungjawab kita. Ce korang kongsi masa kene cucuk tu..ok tak anak korang..kepada mommy-mommy sekalian..??