hai assalammualaikum

#MytravelokaEscapade : Hong Kong Destinasi Percutian Yang Diidamkan

Nad memang suka travel. Nad tak pernah merasa travel ni dengan keluarga, sebab keluarga nad jenis tak suka berjalan. jadi pendamkan jela. Waktu mohon Universiti, nad doa, dapat univeristi jauh. Akhirnya dimakbulkan, dapat dekat UUM Kedah..hahaa. Okla kan, dapat mengembara ke Kedah, sebab tak pernah pergi Kedah pun. sambil belajar, sambil berjalan, sambil tengok tempat orang. Masa belajar, memang dengan kawan-kawan bila ada masa lapang je berjalan. Jalan-jalan Kedah, Perlis dan Penang. Tu jela..Masa kerja pun, dapat la travel pergi Penang dan Genting Highland. Semuanya dalam negara.

Bila kawin ni, tak dapat nak travel, sebab takda bajet. Suami kerja sendiri, nad pulak tak kerja. Biasalah banyak nak guna duit kan. Kita pun pendam jela. honeymoon pun tak pernah pergi..huhuhu. Selalu tengok kawan-kawan pergi melancong, terasa jeles pun ada. Tapi apakan daya, nad tak mampu lagi nak pergi melancong macam diaorang. Lagi best bila dapat melancong ke Luar Negara. Sebab nad tak pernah travel luar negara pun.


Salah satu tempat yang nad nak pergi bersama suami dan anak ialah Hong Kong. Kalau dapat pergi dengan Traveloka, makanya #MytravelokaEscapade memang menjadi impian ni. Memang menangis ooo..sebab tercapai impian..huhuhu..Kenapa nad pilih Hong Kong?? Sebab masa nad tengok rancangan artis pergi melancong iaitu Elfira Loy, dia pergi bercuti ke Hong Kong dengan adik beradik dia..bestt oo tempat tu.

Hong Kong dikenali sebagai pusat kewangan dan bandar pilihan untuk shopping barang-barang mewah. Selain itu negara ini juga telah menjadi bahagian penting dalam budaya dan sejarah dunia, sehingga menjadikan Hong Kong sebagai salah satu destinasi pelancongan kegemaran para pelancong dari pelbagai negara. Di setiap sudut Hong Kong selalu terdapat sesuatu yang baru dan unik. Hong Kong mempunyai pemandangan yang cantik serta seni bina bangunan menakjubkan, dan juga pemandangan pantai yang indah. banyak tempat yang menarik nad untuk lawati di Hong Kong, antaranya



Ni lah salah satu sebabnya..ehhee. Taman permainan Disneyland. Bila ada anak ni, ni la tempat yang menarik sekali. Tengok dalam tv, tempat ni besar dan ada macam-macam permaianan. Disneyland adalah tempat pelancongan di Hong Kong yang paling menggembirakan untuk pelancong dari pagi hingga malam. Disneyland mempunyai tujuh tema permainan, antara lain Main Street, U.S.A., Fantasyland, Grizzly Gulch, Mystic Mata, Adventureland, Tomorrowland, dan Toy Story Land. Hong Kong Disneyland mempunyai persembahan perarakan pada siang hari dengan tema "Flights of Fantasy", sedangkan pada malam hari anda boleh menikmati parade bertema "Paint the Night" dan juga pertunjukan bunga api ini bernama "Disney in the Stars". Ni bukan anak je suka, mak pun suka.

Bila dekat sini mestilah best bila ada anak. dapat main permainan bersama anak. Mesti ketawa je anak nad nanti sebab enjoy sangat. Main puas-puas.




Satu lagi taman hiburan yang boleh nad nak kunjungi di Hong Kong, ialah Ocean Park. Ocean Park Hong Kong, tempat akuarium, yang ada pelbagai binatang yang boleh dilihat. Bukan sekadar akuarium malah ada taman hiburan. Nampak tak roller Coster tu..hah!!..dasyat kann..dapat naik bestt oo..hahaa. Grand Aquarium, melihat hidupan yang jarang kita tengok, yang eksotik. Aquarium di Ocean Park merupakan aquarium yang mempunyai kubah yang paling besar di dunia dengan diameter 5.5 meter dan terdiri daripada 400 spesies ikan. Di taman ini pula anda berkesempatan untuk melihat panda gergasi, panda merah, dan juga Chinese Giant Salamander.

Kat sini boleh nad tengok macam-macam haiwan yang tak pernah jumpa kan. Fariza memang suka tengok binatang-binatang ni.



Yang ni pun best. Nad tengok Elfira pergi sini juga. Avenue of Stars yang terletak di Tsim Sha Tsui adalah sebuah tempat untuk penghargaan bagi para bintang besar Hong Kong, seperti Bruce Lee. Jika dilihat, Avenue of Stars sama dengan Walk of Fame di Hollywood. Tempat yang luas ni, bukan sahaja untuk melihat tapak tangan artis atau patung artis malah tempat pelancongan di Hong Kong ini juga popular untuk pelbagai aktiviti seperti jalan-jalan santai, jogging, dan juga melepak. Balkoni Avenue of Stars juga merupakan spot yang sempurna untuk menonton Symphony of Light, sebuah pertunjukan lampu dan muzik khas Hong Kong yang telah dinobatkan sebagai the world 's largest permanent light oleh Guinness World Records. Ya allah..bestnya lahaii..Dah bayangkan tengok lampu bersama keluarga.

Dekat sini nad boleh luangkan masa berjalan, ambil angin dengan keluarga. Sambil melihat gelagat orang Hong Kong, aktiviti diaorang buat.


Salah satu tempat yang menarik untuk nad kunjung iaitu Victoria Park. Kat sini boleh tengok keindahan bangunan pencakar langit dan pulau-pulau di tempat yang tinggi dengan menaiki trem. Pada masa siang hari, anda boleh menikmati pemandangan bangunan pencakar langit yang berkilau dan Victoria Harbour. Bila waktu senja bole melihat sunset.Bila waktu malam, boleh tengok lampu-lampu dan bintang. Kalau dekat Luar Negara lihat pemandangan memang cantik sangat. 

Kalau nak diikutkan, banyak lagila tempat dekat Hong Kong ni yang and nak pergi. Tempat shoping dia, makan dia, dan banyak lagi..haishh kalau nak disenaraikan memang banyak tempat menarik dekat Hong Kong tu yang nad tengok dalam tv..teruja sangat..Kalau dapat pergi nad akan manfaatkan percutian tu seeloknya. Selalu gembira..huhu..


Dah lama impian nak jejakan kaki ke Luar Negara. Kalau bertuah dan dapat pergi, memang saat yang takkan dilupakan. Moga moga Traveloka pilih kami sebagai pemenang. Korang pun kalau teringin nak pergi bercuti secara percuma bolehlah join contest Traveloka ni. Jangan tangguh tangguh, janganla lepaskan peluang. Jom kita reramai memeriahkan contest YOU NEED A HOLIDAY LAH Traveloka Online Contest.  Klik dan ikut setiap step yang diberikan. Mana tau ada rezeki dapat percutian idaman.
    
Traveloka merupakan satu laman web yang menyediakan kemudahan menempah hotel dan tiket penerbangan ke destinasi pilihan anda dalam satu masa. Tak perlu bersusah payah mencari hotel dan tiket penerbangan secara berasingan.Di samping itu Traveloka sentiasa menawarkan harga promosi yang menarik untuk kita nikmati. Cuma pilih mana-mana destinasi dan Traveloka akan sediakan dengan mudah dan cepat. Jom bercuti!!!...
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. seronoknya kalau dapat pergi hongkong

    ReplyDelete
  2. memang best kalau dapat pergi travel kan? tengok orang ke luar negara macam balik kampung je, mungkin ada rezeki kita nanti nak jadi cam diarang tu. hahahha. insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Seronoknya kalau dapat pergi hongkong kan..

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah semoga ada rezeki nad nak ke hong kong..all the best nad..:)

    ReplyDelete
  5. waa.. best nye !!! semoga ada rezeki nadia.. hee~

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2