hai assalammualaikum


Promotion Hotel Legoland - Satu lagi bestnya bila sampai Legoland ialah ko dapat check in dekat Hotel dia..hehe. Hotel bukan macam hotel lain, putih je semua, hotel dekat legoland ni bercorak dan mengikut tema. setiap hotel lain-lain tema. Tapi haritu nad dapat hotel yang sama sebelum adanya Fariza..hehe..Korang boleh baca entry nad review Hotel Legoland ni. Tapi entry ni nak bercerita juga..hehee..sebab ada promotion sempena Pesta Halloween.


Sempena Pesta Halloween LEGOLAND® Hotel juga akan memaparkan Promosi khas Hari Halloween Day & Night  
Booking period:
antara 25 OGOS - 30 Oktober 2016 
Stay Period:
antara 18 September - 31 OKTOBER 2016

Apa yang korang akan dapat
• Sarapan harian
• Makan Malam untuk 2 orang dewasa dan sehingga berumur 3 kanak-kanak di bawah 6 tahun (dewasa ke-3 atau kanak-kanak di atas 7tahun dikenakan bayaran pada RM95 / dewasa & RM50 / kanak-kanak)
• Halloween Brick-Or-Treat Commemorative Brick (satu bata setiap kanak-kanak di dalam bilik, sementara stok masih ada)
• Aktiviti Day & Night Hotel Halloween

Tambahan pula, anda akan dapat menikmati pelbagai aktiviti yang menarik yang akan dianjurkan oleh hotel. Aktiviti Day & Night Hotel Halloween termasuk LEGO® Mewarna, Witch Building Speed ​​Challenge Cat, Hantu Bowling, Three Witches Magic persembahan muzik, Little Chef Pastry Membuat dan banyak lagi.

Terma & Syarat:
- Tawaran ini hanya boleh didapati di laman web rasmi kami dengan jenis bilik yang dipilih.
- Tawaran tidak boleh digunakan bersama-sama dengan promosi yang lain (s).
- Pemberian Room & pakej promosi tertakluk kepada availabilities.

Bilik dekat legoland ni ade beberapa tema tau iaitu
1) Pirate
- Pirate Themed
- Premium Pirate Theme
- Pirate Themed Deluxe

2) Adventure 
- Adventure Themed
- Premium Adventure Themed

3) Kingdom 
- Kingdom Themed
- Premium Kingdom Themed
- Kingdom Theme Suite

Untuk yang booking Hotel Legoland, perlulah pergi ke reception di Lobby untuk ambil kad bilik. Dia akan bagi dua access card. Access card tu penting, sebab nak naik  lif ke bilik korang kena access card tu dekat lif, baru boleh tekan tingkat berapa bilik korang. Kalau tak, mereput la korang dalam lif..hehee. Inilah salah satu safety yang dibuat pihak Hotel Legoland.






Haritu nad dapat bilik Primium Adventure Themed Room. Kalau dapat lain bilik seronoknya la. Semua lengkap dalam Hotel ni. Katil Orang Dewasa, Katil kanak-kanak, Bilik mandi, Kelengkapan dapur, peti seju bawah meja katil orang dewasa. Datang sini takyah bawak towel dan peralatan mandi, sebab semua dah disediakan. Tapi kalau nak bawak juga, tak salah pun.

Info Adventure Theme Room Legoland Hotel Malaysia
- Bilik ini boleh menampung sehingga 5 orang (maksimum 3 Dewasa sebilik)
- Katil bersaiz King
- Definisi tinggi televisyen panel rata
- Ruang tidur kanak-kanak sendiri dengan katil dua tingkat, tarik keluar katil beroda dan unit hiburan (boleh memuatkan sehingga 3)
- Bata LEGO untuk membina dengan sepanjang penginapan anda
- Penyaman udara
- Peti sejuk mini
- Pembuat kopi
- Vanity / stesen kerja
- Pengering rambut
- Kelengkapan tandas percuma

Permainan untuk anak-anak 

Bestnya kali ni sebab ada Fariza. Jadi kalau masuk dalam Hotel Legoland ni, kalau ada anak-anak memang best, sebab macam-macam aktiviti korang boleh lakukan dekat dalam Hotel Legoland ni. Dalam hotel ni pun akan ada persembahan di bahagian Lobby Hotel 



Hah!!..ni tempat untuk anak-anak bermain. Tengoklah dia tu,seronok ada kawan. Tempat ni depan Restaurant dekat Lobby Ground Floor.



Tengok bilik pun anak-anak dah suka, lagi suka bila ada permainan Lego. Hah!! nampak Fariza tu, ditaburkan lego terus senyum. Mainla kau, walaupun tak pandai lagi..hahaa..


Lagi satu permainan ialah harta karun. nampak monyet tu, dalam tu ada harta karun permainana Lego. Korang kena jawab soalan kuiz yang disediakan di meja katil orang dewasa. Baik korang selesaikan kuiz ni sebab korang boleh bawak balik Lego dari Legoland ni oii..Dari jawapan yang korang buat tu la dapat buka harta karun ni. Kuiz tu berbentuk nombor, dan cluenya semua ada dalam bilik je. Mommy berusaha buat untuk Fariza..ehehe..


Seronok dia dapat habiskan kuiz ni..haahha..Inilah hadiah dia.


Dan ni ucapan Fariza kepada warga Johor..hehee..

Dekat Hotel Legoland ni ada macam-macam, dari Lobby, restaurant dan swimming pool. Semua tu nad ada cerita dekat  Review Hotel Legoland: Hotel Yang Sangat Best Di Nusajaya Johor . Korang bacala ye.

Parking Free 
Untuk mereka yang booking Hotel Legoland, boleh parking dekat bawah hotel sebab complimentary parking. Walaupun dekat situ dia tulis RM50 per entry tapi sebenanrnya dia free. Bila korang nak check out, korang bagila card access bilik sekali dengan tiket parking untuk cop tiket parking tu free. Tu je. Tak pun kalau was-was,masa korang nak check in, cakapla pasal tiket parking tu. Check in pukul 4 petang, check out pukul 11 pagi. Tu masa nad la.

Puas Hati Duduk Hotel Legoland
Overall, nad berpuas hati sangat-sangat dapat datang ke Legoland dan dapat stay dekat Hotel Legoland. Walaupun 2 hari 1 malam, memadai la dapat merasai keseronokan di sini. Staff-staff dekat sini semua mesra alam, dari reception, restaurant dan room servis. Macam kejadian malam tu, aircond macam lambat je sejuk, jadi kitaorang call dan maintanance datang cepat je. Rupanya kami yang tersalah pasang..ahaha..takpe nak tengok staff di sini bekerja macam mana. Apa lagi korang, cepat-cepatla booking Hotel ni, tengah ada promotion gitu..

Untuk makluman lanjut boleh layari www.legoland.my atau hotline 07-5978888.

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. sy org johor tak pergi pg legoland...

    ReplyDelete
  2. wah... bestnya dah dpt sampai kat hotel nih ... cantik kan

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2