hai assalamualaikum

Produk Keselamatan Lunavie : Elak Kecederaan Kepada Anak-Anak - Kemalangan dan kecederaan boleh terjadi di mana-mana sahaja. Tidak kira di dalam rumah atau di luar rumah. Kita fikir, bila dalam rumah, pasti akan selamat untuk anak-anak, tapi, kita silap. Kediaman juga boleh bertukar menjadi tempat paling bahaya untuk kanak-kanak sekiranya tidak ada langkah melindungi keselamatan mereka. Sikap sambil lewa atau hanya bertindak apabila berlaku kemalangan seharusnya tidak berlaku. Sebaliknya setiap ibu bapa perlu mengambil langkah proaktif memastikan keselamatan anak mereka terjamin.

Terdapat banyak hal di rumah yang berpotensi membahayakan keselamatan anak. Hal-hal seperti pintu benda-benda tajam, elektrik dan lain-lain yang membahayakan si kecil .Benda-benda yang kita anggap kecil mungkin boleh menjadi serius. Seperti Fariza, kini dia dah berusia 9 bulan. semakin aktif dan mula nak meneroka dalam rumah ni. selalunya tempat paling dia suka ialah bermain pintu almari. Memang dia gemar buka pintu almari. Budak seusia tu, mana dia tau apa yang bakal terjadi. Yang dia tau keseronokan. Dan akhirnya jarinya tercepit dekat almari tu. Perkara seperti ini walaupun kecil patut kita elakkan. Nak tengok dia main pintu almari boleh klink link dekat SINI.


Lunavie.com memahami hati seorang ibu yang ada anak kecil. Nad terima tiga jenis produk keselamatan baby untuk dikongsi dengan ibu-ibu di luar sana. Nad yakin, produk ni mampu mengelak kemalangan kecil yang berlaku di rumah. Produk keselamatn Lunavie dijamin selamat dan tidak membahayakan. Antara tiga produk Lunavie yang nad terima ialah Lunavie Multi Purpose Latch, Lunavie Slider Lock dan Lunavie Corner Protector.

Lunavie Multi Purpose Latch


Harga: RM10.90 ( 2 pcs )

Lunavie Multi purpose boleh digunakan apa jenis pintu sekalipun. Membantu untuk mengelakkan kanak-kanak daripada membuka peti sejuk, almari, kabinet, tandas, dan lain-lain Ia boleh digunakan pada permukaan melengkung dan sudut dan pada pelbagai permukaan termasuk kaca, logam, kayu dan plastik.


Caranya mudah sahaja. Buka pelekat dan tampal di mana yang anda rasa sesuai. Jika anda ingin membuka pintu alamri tersebut, cuma buka bahagian sebelah. (sila rujuk pada gambar ). Jika nak halang daripada anak membuka, pasang je semula. Senang kan. Kerja kita pun mudah.

Lunavie Slider Lock


Harga: RM10.90
Alat ni memang penting. Ibu-ibu memang wajib ada di setiap rumah. anak-anak kecil memang gemar buka pintu kabinet. Selalunya kabinet ni tempat ibu-ibu simpan pinggan mangkuk, periuk belanga kan. Anak-anak lagi suka nak capai benda-benda macam tu. Ia dapat mengelakkan kanak-kanak daripada membuka pintu kabinet dan mencederakan diri mereka sendiri.


Mudah untuk memasang tanpa sebarang alat.
1) Tentukan lokasi pemasangan
2) Tekan selak dan tahan terbuka
3) Memohon kunci sekitar pemegang
4) Slide selak ke dalam untuk mengunci

Lunavie Corner Protector


Harga: RM12.90 ( 4pcs/set )


Macam fariza, dia sekarang dah pandai berdiri. Asal dia nampak tempat berpaut, dia nak cuba berdiri. Lagi-lagi kalau nampak meja.Taula bahagian hujung meja ada bucu tajam. lagi bahaya kalau meja jenis kaca. Aduh!!! tak dapat bayangkan kalau terkena mata, tangan atau anggota lain. Lagi budak suka melompat sana sini. Jadi nak elakkan daripada berlaku, gunalah Corner Protector ni. Direka khas untuk menutup seluruh buju meja. Jadi tak perlu risau anak terkena buju.

Dah nampak kebaikan guna alat keselamatan daripada Lunavie ni. Ingat!! Dalam rumah pun tak selamat. Jadi jangan pandang remeh perkara macam ni. Ibu bapa wajib ada alatan keselamatan ni di rumah. Insyallah, dijamin keselamatan anak. Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab ibu bapa. Jadi kalau korang nak beli produk keselamatan Lunavie ni, korang boleh layari
Website : www.lunavie.com
Email : info@lunavie.com
Facebook : www.facebook.com/mylunavie
Instagram : @lunavie_com
Telefon : 03-9057 2661

LUNAVIE
Caely (M) Sdn Bhd
No 47-2 Jalan Radin Anum
Bandar Sri Petaling
57000 Kuala Lumpur


SHARE 2 comments

Add your comment

  1. memang tak boleh lepa dengan anak-anak ni, keselamatan depa diutamakan

    ReplyDelete
  2. Wahhh bagusnya alat camni.. Sy dulu time anak tengah membesar d.i.y sendiri je lock drawer tu, haha..!

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2