POKEMON GO: SANA SINI POKEMON

in , by Nadia Johari, 21:09:00
hai assalammualaikum

Pokemon Go Bagus Atau Tidak? - Dah lama tak main games dekat telefon. Sebelum ni orang ketagih Candy Crush, sama gak macam nad, dulu main Candy Crush sampai rasa taknak tidur..ahhaa..Tapi sekarang nad cuma ada satu telefon je, sebab telefon lain dah macam hang je. Telefon yang ada sekarang hanya untuk kerja dan berhubung. Game?? Tiada lagi..taknak rosakkan telefon dah. Tak mampu nak beli baru. Dan taknak bagi space telefon ni penuh. Nad install benda penting je.

Sebut je game bukan saja kanak-kanak yang suka, tapi orang tua pun suka. Siapa tak suka main games. Kalau boleh 24 jam dengan main games. Sesetengah orang bagi pendapat, game sebagai hiburan selepas penat bekerja. Main Game bagi mengisi masa lapang. Game ada positif dan negatih dia. Ikut orang yang bermain tu la kan. Kalau dah sampai lalai, tak kisah kiri kanan tu dah bahaya sangat.



Setiap masa mesti akan ada game terbaru yang akan menarik orang untuk bermain. Kalau sebelum ni Candy Crush, Clash Of Clans, sekarang, yang terbaru ialah Pokemon Go. Yang nad tau, dulu ada rancangan Pokemon, binatang tu dipanggi Pikachu. Memang dulu giler la layan cerita ni. Tapi berkenaan permainan Pokemon Go ni memang nad tak amik tahu. Walaupun nampak ramai yang post dekat Facebook,Instagram, tapi entah nad tak berapa minat nak install..haha..






Tengok cara main, macam kena tangkap Pokemon, tapi entah cara tangkap macam mana pun tak tau. Siap ada tulis dekat masjid, surau banyak. Apa dia kena jalan mana-mana..ish-ish. Kang dah kalau terlebih khusyuk, parit depan mata pun tak perasan. Tak pasal-pasal terjatuh kang. Macam kes wave, kereta masuk sungai..huhuhu..Macam-macam berita boleh baca berkenaan Pokemon Go ni. Semuanya macam negatif. Tapi tak tau la kan orang yang main tu. Kena pandai-pandai kawal.




Ada terbaca dekat http://muftiwp.gov.my berkenaan hukum bermain Pokemon Go ni. Banyak pendapat yang diberikan. Semuanya bersebab. Mereka bagi pandangan mereka yang rasa boleh kita berfikir. Dah besar kan, takkan nak ngajor..hehee..Semua tu terpulang dekat korang kan.

Nad tau game ni semua memang best. Boleh main masa kita terluang. Dan nad tau, kalau nad main mesti akan lalai. Jadi nad dah lama tak sentuh game pun. Install game pun takde. Dekat phone hanya ada dua game sahaja, tu pun game block dengan game "X" dan "0" tu. Sekarang nad dah ada anak. Baik nad habiskan masa dengan anak je. Main kejar-kejar dengan anak je.


Fariza ni pun dah merayau sana sini nak dikejar. Last-last tangkap masuk box..ahhaa..diam situ..main situ..Main dengan anak amat berharga tau!!!..





SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Nad..tangkap fariza lg bgus..blh pluk cium😊

    ReplyDelete
  2. comel ja budak kecik tu .. hahaha cepat sungguh dia membesarkan . :)

    ReplyDelete
  3. Awat comei sgt si fariza ni? Gerammm tgk pipi dia hehe. Akak mmg tak minat main games, tak terjebak ngan pokemon go ni, selamat!

    ReplyDelete
  4. Setakat ni mmg tak main game ni sbb tak anak-anak terikut2... tapi tak taulah takut juga terjebak pulak nanti... harap2 tak lah...

    ReplyDelete
  5. Ahahaha. yang last sekali lawak

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2