hai assalammualaikum


Selamat Hari Jururawat - Sekarang macam-macam hari kita sambut erk. Harini pulak hari jururawat. Hari surirumah takda ke???... hahaha..jururawat ni memang banyak sangat kerjanya. Jadi jururawat kene kental dengan perangai orang, dengan nak rawat orang, dengan nak ingat nama ubat la  semua bagai..hahaha..Nak jadi jururawat tak boleh takut dengan luka orang, darah ke atau apa sahaja. Jadi jururawat kena selalu bersedia..kot kene on call..gitu kau...fuh dasyat..



Macam kakak nad, dia bukan amik jurusan nurse atau perubatan masa belajar, tapi dia terus terjun jadi jururawat...hahaha..dan dia suka bercerita. Bercerita masa dia cuci luka orangla, apa la. Kene layan perangai orang. Kena kerja lewat malam lagi. Tak taula apa lagi dia buat...banyak sebenarnya...bukan senang jadi jururawat ok..

Macam sepupu nad pulak, dia memang belajar bahagian perubatan. Penat, memnag penat dia cakap..sebab dia jaga bahagian operation. Balik lewat memnag la..dnegan lagi satu on call nya..memang selalu kena bersedia..

Teringat jugak nurse-nurse yang jaga nad masa bersalin haritu. Nurse Hospital Tungku Ampuan Rahimah. Nad beruntung dapat nurse baik-baik..hahaha..sampai ada bantu nad masa dah sakit sangat dia terus panggil doktor suruh cek walaupun masa tu 3cm tapi contraction dah kuat. Dan disebabkan nurse tu la nad terus rasa nak bersalin..hahaha..takda tunggu lama-lama dah..

Nampak keje nurse macam mudah..tapi kita bukan ada ditempat mereka..susah sebenarnya..Apa-apa pun Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat di dunia..
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Akak pun tak de pengalaman dengan nurse teruk2..selamat hari jururawat untuk semua jururawat..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2