hai assalammualaikum

Guru Banyak Jasanya !!! - Lambat pulak buat entry pasal Hari Guru. Nak buat macam mana, anak nak main dengan mommynya je. Lumrah kan, bila kecik, nak besar. Bila dah besar nak jadi kecik balik. Bila belajar tak sabar nak kerja, bila dah kerja, nak belajar balik..hahaha..semua tu kenangan. Teringat balik kenangan semasa jadi pelajar. Nak kata nad ni pelajar yang baik, takdalah sangat..nakal jugak..tapi takdala nakal..sebab jarang di denda..huhuhu..nad hanya seorang pelajar biasa yang hanya datang ke sekolah dan mendengar arahan...hahaha..yeke???


Masa sekolah, kalau boleh nak datang sekolah selalu, taknak ponteng. Takut tertinggal pelajaran. Tapi bila dah makin besar, ada juga ponteng nya..kohkohkoh. Masa sekolah, cikgu cakap cita-cita nak jadi apa??..mesti jawab nak jadi cikgu, sebab masa tu fikir, kita suka dengan budak-budak..takda masalah nak layan dan ngajar diaorang. Kedua, sebab kalau sambut Hari Guru mesti dapat banyak hadiah..hahahha..gitu sekali..padahal kau tak tau, betapa susahnya jadi guru. Pelajar ni, lain-lain perangai. Lepas tu kena ajar sampai pelajar paham. Banyak sebenarnya jadi cikgu ni. Kena tanda buku la..kena hadir mesyuaratla..fuh!!..Itulah guru..

Ingat masa jadi pelajar, kalau cikgu tu garang, takut yang amat. Cikgu tu ngajar kat depan, nad senyap je..kalau dia panggil nama kita, jantung ni laju nau berdenyut. Dah macam nak kena dera, padahal suruh bagi jawapan je..hahaha..Kalau cikgu tu baik, punyalah kita suka. Berkobar belajar, teliti dengar dia ngajar..hahahaa..lagi best bila dipanggil ke depan buat jawapan..hahaha..macam-macam masa jadi student dulu. Tiba masa Hari Guru, masa tu tetap nak beli hadiah untuk semua cikgu yang ngajar kita, walaupun takda duit. Sebab taknak cikgu kecik hati..huhuhu..sampai macam tu sekali..

Dari Tadika sampai Sekolah Rendah ke Sekolah Menengah hinggalah ke Universiti, perlukan seorang guru untuk mengajar. Dari zero membaca, sampai ke pandai yang amat sangat membaca..guru tetap tak henti mengajar. Guru membebel sebab dia nak kita berjaya. Guru menegur sebab nak kita jadi yang terbaik. Dia menjadi guru, dalam hati cuma satu...membimbing anak muridnya sehingga berjaya.

Sekarang nad pun masih memerlukan seorang guru. Guru yang bergelar blogger. Nad tetap belajar untuk menjadi blogger yang berjaya. Terima kasih cikgu, ustaz, ustazah, pensyarah dan para blogger yang membantu nad menjadi insan yang cemerlang dan terbilang ni. Disebabkan guru-guru inilah nad belajar erti hidup sebenar. Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia. Teruskan membimbing dan mengajar anak bangsa kita.

Ucapan untuk Guru
Sekolah Tadika Kemas
Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Binjai
Sekolah Menengah Kebangsaan Meru
Sekolah Tinggi Klang
Universiti Utara Malaysia
Kelab Blogger

p/s: Sekarang guru nad ialah suami ku..hahahaha..
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2