GELAGAT SI KECIL USIA 7 BULAN

in , by Nadia Johari, 21:25:00
hai assalammualaikum

Gelagat Si Kecil Usia 7 Bulan - Alhamdulillah..melihat perkembangan baby Fariza depan mata, buat nad tersangatla puas. dari baby, sampai la sekarang usia dia dah 7 bulan. Baby Fariza takdelah besar mana, comel macam maknya je..hehee..tapi pipi dia yang terlebih labuh..hhaahha..Sepanjang dia membesar, nak jaga dia takda susah mana. Cuma datang ngada-ngada dia tu..hehee..biasalah..Sepanjang tumbesaran dia, 2 kali je demam. Takpelah baby fariza kuat. Sekarang ni pulak, ada hingus dekat hidung dia, taknak keluar..haishh..demam dan selsema takda..cuma hingus tertinggal..mungkin dah pekat sangat, taknak keluar dia..Nasib Fariza ok je walaupun hingus tu duk kacau hidung dia..



Usia 6 bulan dia dah mula makan. Entry ada dekat SINI. 7 bulan ni, nad masih bagi dia puree. Bulan depan kot baru bagi makan bubur. Dia kalau makan, memang laju. Haritu checkup naik 6.4kg. Ok la..aslkan anak mommy sihat. Bila letak dekat walker, laju dia merayau..Sana sini nak pergi. Nad pulak yang pening..hahahaa..Sebab tu bila nad buat kerja dekat dapur, nad pasang tv Astro Ceria. sebab dia dah pandai tengok cerita kartun ok, lagi-lagi Didi & Friends dan Upin dan Ipin. Bayangkan dia tengah main dekat meja makan, dengar suara Didi atau Upin Ipin terus datang ke depan tv..bijak betul budak ni..dan dia suka dengar muzik, asal muzik yang dia suka, mesti tangannya gerak-gerak..hahahha..Boleh tengok reaksi dia menari dia dekat SINI 


Masa usia dia 4 bulan dia dah mengiring tapi lambat meniarap, tak taula berat punggung agaknya..Masuk 6 bulan baru meniarap, bukan setakat meniarap dan boleh berguling-guling sampai jatuh tilam..ada entry dekat SINI. Nak 7 bulan, bila dah pandai berguling ditambah dengan berpusing 360 darjah. Lepas tu boleh keluar daripada landasan (toto). Tanpa sedar, tengok-tengok dah sampai ke meja makan, tak pun depan kipas..huh!!! Bertuah ni anak. Bila dekat lantai mulalah dia " tap..tap..tap" tangannya ketuk-ketuk lantai..seronok bukn main..


Gelagat dia yang memang buat kami laki bini tersenyum bila dia nampak, mommy dia pakai tudung, cantik-cantik..tak pun daddy dia nak keluar, dia akan pandang dan senyum..sebab ingat kita nak keluar la tu. Dia dah tau nak jalan-jalan. Bila daddynya cakap "bye-bye"..mula nak ikut. Pantang buka pintu..terus dikejarnya..



Yang ni semestinya bila dah besar, dia dah makin kenal orang. Setakat ni alhamdulilillah, dia senang dengan semua krang. Yang penting, orang tu kena pandai main-main dengan dia, layan dia..hahaha..kalau tak, memang takmau la dia..

Macam tu perangai anak bila membesar kan..hurmm..semoga ku kuat nak menjaga baby Fariza ni.


SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Fariza...nak cubit pipi skit๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  2. Dia mmg xde perasan. Stress! Tapi geram la pipi pau dia..

    ReplyDelete
  3. Dia mmg xde perasan. Stress! Tapi geram la pipi pau dia..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2