hai assalammualaikum

Bila Daddy Jaga Fariza, Habis Staff PTPTN Turut Terlibat - Nad kalau pergi mana-mana majlis, memang kena bawa baby Fariza sekali. Jadi sebelum pergi , tengok dulu majlis tu boleh bawak pasangan atau tidak. Kalau solo, terpaksalah tolak. Sebab apa kena bawa dia?? sebab dia nyusu badan, lepas tu, hanya mereka yang bergelar ibu tau apa yang anaknya nak. Sebab dari pantang sampai sekarang nad yang uruskan dia. Jadi nad dah paham kalau dia berak ke.. nak susu.. atau..nak tidur. Kalau dia nak tidur, hanya tangan mommynya yang dia akan terus lena. Kalau daddy memang takkan paham, sebab dia cuma tau main dengan Fariza je..hahaa..Kalau bab tidurkan tempat awam, memang mr mafia gagal..hahaha..


Baby Fariza ni jenis ok kalau pergi mana-mana majlis selagi mommynya ada depan mata. Tapi kadang-kadang dia ok je kalau takde mommynya depan mata dia. Ikut mood dia la.Kalau dah bosan..meragam la dia. Tapi selalunya pergi majlis, dia cuma meragam sebab nak tidur. Itu je.!! Kalau susu, dia boleh tahan lagi. Berak pun dia boleh tahan lagi..hahaha..sebab pernah terjadi, nad terlupa bawak pampers. Dia ok lagi..tapi masa tu kena buat cepatla..haha..Nasib balik rumah, bontotnya takde apa-apa.

Haritu majlis buat dalam dewan, jadi mr mafia bawak Fariza keluar. Nad tak risaula, sebab daddy nya yang jaga, dia dah biasa dengan daddy. Lagi satu Fariza kalau dibawa berjalan dia suka tengok sekeliling. Tiba-tiba!! masa majlis berlangsung mr mafia whatsup cakap Fariza nangis. Ah!! sudah..majlis tengah jalan. Nak keluar tak boleh sebab laluan sempit. Jadi cakap dengan dia cuba pujuk dia, apa semua. Pastu mr mafia cakap dia berak. Nad cakapla "belajar cuci"..mr mafia. "erk"..pastu tak tau apa jadi..

Tak puas hati, nad whatsup " macam mana, abang ok".. mr mafia " dia tak berak, dia nak susu badan..lampin dah ganti..ramai orang tolong"..hah!!!!..kau nampak tak ayat dia "ramai orang tolong"..hahaha..siapakah yang tolong tu???? Mr mfia siap hantar gambar. staff PTPTn dan makcik cleaner tolong..Ya Allah..terima kasih sangat-sangat..







Nad whatsup suruh dia bagi puting. Semua keperluan fariza nad dah satukan dalam beg. Jadi semua benda dalam beg tu. Mr mafia pun dah angkut sekali beg Fariza disebabkan takut emergency macam ni. Lepas tu mr mafia antar gambar anak gendut nad dah tido. Ditidokan oleh salah seorang staff dekat situ..hahaa..adeh nad yang malu tau tak..sebab ingat daddy boleh handle..rupanya dapat pembantu dari staff situ..







Inilah pekerja-pekerja staf PTPTN yang bantu mr mafia.. Terima kasih banyak-banyak. Gambar sebelum dia mengamuk, habis semua orang usik dia. Agaknya lepas tu penat, tu dia mengamuk..hahaha..gambar mengamuk dan tidur dekat atas..alahaiii..


Masa ni nad pergi ke Majlis Pelancaran Pakej Baru SSPN-i Plus, Ejen Online PTPTN Dan Penyampaian Hadiah Cabutan. Nad ada buat entry dekat SINI...boleh baca untuk pemahaman korang. Mana tau, korang nak menyimpan untuk diri sendiri atau anak-anak korang. Sambil menyimpan boleh cari income sedikit dengan menjadi Ejen Online PTPTN. Semuanya nad ada tulis dekat SINI. Dan percayalah, dengan menyimpan serendah RM50 sebulan boleh menang pelbagai hadiah. Mana tau rezeki korang
kan...hehehe..selamat menabung.

1) Komitmen serendah RM1 sehari
2) Patuh Syariah - Simpanan Islamik bukan Konvensioanal
3) Pelepasan Cukai  "Tax Relief" sehingga RM12,000
4) Keuntungan Dividen (Ikut Syariah) - dividen pun dapat
5) Pampasan Kematian
6) Manfaat Takaful 36 Penyakit Kritikal
7) Elaun Hospital
8) Khairat Kematian
9) Tiada Pemeriksaan Kesihatan
10) Tidak perlu Medical Check up
11) Simpanan DI jamin oleh Kerajaan
12) Layak Memohon Pembiayaan PTPTN

Sekali lagi, terima kasih staff PTPTN..




SHARE 8 comments

Add your comment

  1. Hehe.. Mujur ada yang membantu.. Hehe

    ReplyDelete
  2. Hehehe. Ramainya pembantu. Xpe Nad. Janji masalahnya selesai. ^____^

    ReplyDelete
  3. hihihi..lucu lakk..nasib staff kat situ berjiwa keibuan semuanya..hehe

    ReplyDelete
  4. Hehehe sebaik ada pembantu... Siapa tak geram tengok baby omey ni

    ReplyDelete
  5. Ty tgok pun nk picit gigit......inikan org lain. .redha xde perasaan je dia

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. sng dapat anak mcm ni, sng di jaga tak byk kerenah sgt

    ReplyDelete
  7. lepas ni mr mafia kena training ni. hahaanasib baik kena dengan makcik2 and akak2 yang baik...

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2