hai assalammualaikum

Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd (SBFM) dengan bangganya memperkenalkan Sparkling Ribena® Can – minuman ringan berkarbonat berperisa anggur hitam dengan keenakan yang sama kini boleh dinikmati dalam tin sedia minum! Bagi yang dahagakan keenakan minuman semulajadi yang dihasilkan daripada buah anggur hitam asli New Zealand dan mengandungi 100% keperluan vitamin C harian yang disyorkan, Sparkling Ribena® adalah pilihan lebih sihat untuk rakyat Malaysia tanpa mengira usia!  

“Ribena® jenama yang telah menjangkau lebih 75 tahun dan kami sentiasa mengolah semula rasa kegemaran ramai ini untuk menyesuaikan citarasa yang berbeza,” kata Lee Hon Tong, Pengurus Besar Serantau , Malaysia, Singapura & Hong Kong, SBFM. “Dengan Sparkling Ribena® Can, pengguna boleh menikmati keenakan ini dalam cara baharu – gabungan terbaik keenakan minuman buah-buahan enak yang berkarbonat dan menyegarkan!

“Selain aktiviti ‘sampling’ unik untuk merasai Sparkling Ribena® Can, kami juga berhubung dengan pengguna melalui strategi pemasaran 360o yang merangkumi promosi jualan, iklan televisyen dan interaksi dengan pengguna untuk memberikan pengalaman produk ini kepada seluruh rakyat Malaysia,” tambah beliau.

Bertepatan dengan prinsip syarikat untuk membekalkan keenakan rasa buah terbaik, Sparkling Ribena® adalah bebas dari perasa, pewarna dan pemanis tiruan. Ia juga bebas kafeina. Ia mengandungi antioksidan dan antosianin, menjadikannya sesuai untuk semua – kanak-kanak, remaja dan orang dewasa!

Sparkling Ribena® Can baharu dijual pada harga RM2.00 dan boleh didapati di semua pasaraya besar, pasaraya, pasar mini dan kedai serbaneka seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila klik “Suka” Di Laman Facebook Ribena® Malaysia (www.facebook.Com/RibenaMalaysia) atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1-800-38-1231 (Isnin hingga Jumaat: 9 pagi hingga 5 petang).


SHARE 3 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2