BERUBAH PERANGAI DAH BABY FARIZA NI

in , by Nadia Johari, 10:13:00
hai assalammualaikum

Berubah Perangai Dah Baby Fariza Ni - Mak nad cakap, baby ni setiap bulan akan berubah perangai dia. Lagi-lagi kalau demam, akan berubah perangai dia. Dan nad nampak perubahan fariza dari semasa ke semasa dan paling ketara selepas dia baik demam..fuhh..Setakat ni baby fariza baru demam dua kali. Ingatkan berubah lagi senang, rupanya lagi mencabar..hahaha..


Kalau sebelum ni, nad nak buat kerja pun senang. Sebab baby fariza akan baring senyap, main permainan dia. Tak pun, akan meniarapkan dia, dan buka tv cerita astro ceria 611. Layan la fia cerita kartun. Nad pun nak makan pun senang, nak buat kerja pun senang. Tinggalkan dia lama pun senang.

Tapi lepas baik demam aritu, perangai dia berubah, nak melekat je nad. Manjanya terlebih. Kalau dulu nad mundar mandir depan dia pun, dia tak kisah. Sekarang, asal lalu depan dia, dia nampak muka nad, terus nangis. Tinggalkan sekejap pun tak boleh. Nangis bukan biasa-biasa, tapi ditrkan-tekan nangisnya. Menjerit sekuat hati!!. Pastu tersedu-sedu. Nad ye rasa kesian, kena angkat dia, baru dia diam.


Sekarang nak buat kerja terpaksa dukung dia sekali. Kalau larat, tak larat dekat je, layan dia dulu, kalau ok, tinggalkan..tapi sekejap jele..pastu dia mulalah nak perhatian..sekarang pun dia dah macam memilih orang. Kalau dulu siapa-siapa dukung, dia tak kisah, sekarang macam dah kenal orang. Haishhh..susah gini..

Nak pakaikan baju pun dah susah..tergolek sana sini. Dan dia dah paham kalau mommy dan daddynya nak keluar..terus nak ikut nangis..fuhh..ni baru macam ni, belum membesar lagi..adoyaiii...
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Hahahahhahaha.....
    Nak g jalan meh anta kat Mummy yg sini....
    Cofirm tak nangis.... Tapi susu mane susu??? ��

    ReplyDelete
  2. Makin kuyus la kak nad lepas ni.. Hehehe macam anak buah ena dlu.. Dengan mak je nak melekat je.. Dengan ayahnya pun tanak.. Tapi bila dah besar manja gila dengan org

    ReplyDelete
  3. pp diaaaaaaaaaa layutnya lahai..hehe

    p/s : sebijik pangai alma, klo nampak kita lalu tanpa amik dia, dia punya jerit mcm kena dera..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2