hai assalammualaikum

Posisi Tidur : Tidur Mengiring Ke Kiri Sejak Hamil - Kalau sebelum ni, nak tidur ke kanan ke, ke kiri ke, menegak ke, berguling-guling ke..semua boleh. Nak kaki terlunjur ke, membengkok ke, semua boleh..sekarang sejak pregnant dan usi kandungan nak masuk 5 bulan sampai sekarang dah nak 8 bulan terpaksa la tidur mengiring ke kiri je. Itu lah keselesaan semasa tidur. Tapi bila lama-lama mengiring ke kiri, kadang sakit jugak pinggang, tanagn ni semua.. yela mengadap ke kiri je. 


Kalau ikutkan sunnah Nabi, bagus tidur ke kanan, jadi dari dulu nad memang amalkan tidur mengadap ke kanan. Tapi sejak hamil, nad terpaksa mengadap ke kiri, sebabnya baby dalam kandungan sering bergerak bahagian kanan. Lagi satu setiap kali cek, denyutan jantung tu ada dekat bahagian kanan. Sebab tu sekarang nad lebih selesa mengadap ke kiri sebab takut macam menindih bayi je. Kesian anak mommy ni. Bila nak tidur la menjadi masalah. Yela usia kandungan dah nak masuk 8 bulan ni, macam-macam ada. Bila malam jela problemnya, sebab kadang pedih ulu hati dan sesak nafas. Sebab tu tidur pun terganggu.

Nad ada search google, memang elok tidur mengadap ke kiri, sebabnya berbanding kanan. Sebabnya
- Melancarkan saluran darah dan akan memberi kesan baik kepada bayi iaitu nutrien dapat disalurkan kepada placenta dengan lebih baik.
- Baik untuk buah pinggang ibu. Dapat membantu menyingkirkan bahan-bahan buangan dari badan. Juga baik bagi ibu yang mengalami bengkak kaki sewaktu hamil.
- Membantu mengurangkan tekanan pada hati. Organ hati kita adalah di sebelah kanan, dengan tidur mengiring ke kiri dapat melindungi hati dari tekanan.


Elakkan tidur menelentang terutama pada fasa terakhir. Posisi tidur macam ni akan menyebabkan berat rahim akan menekan tulang belakang., usus dan kebanyak salur darah. Ia boleh menyebabkan sakit otot dan hemorhoid. Selain itu ia mengurangkan aliran darah dan oksigen kepada bayi...memang takla kan..lagipun memang nad tak selesa tidur menelentang..rasa macam menghempap bayi je.. 

Setiap malam, nak bagi selesa lagi nad akan tambah bantal..sekarang nak tidur guna banyak bantal..hahaha..Nad akan letak bantal bawah perut, kaki dan belakang. Bagi selesa semuanya.. Pemilihan bantal pun penting. Nad guna yang lembut, kalau keras lagila tak dapat tidur. Lepas tu kedudukan kaki mesti membengkok. 

Hah setiap malam memang akan mencari keselesaan nak tidur. Kalau tak bangun je layu, sakit sana sini.huhuhu..macam ni la pengalaman mengandung..
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. xde pengalaman lagi..bila la nak ada pengalaman mcm nad ni..:)

    ReplyDelete
  2. Rindu momen mengandung dulu.
    Nak tidur memang kena banyak bantal.. hihi

    ReplyDelete
  3. nice sharing kak... bagus untuk panduan ena pada masa akan datang

    ReplyDelete
  4. Terlentang memang dah tak boleh bila pregnant.sesak nafas.bila dah deliver pun still kena mengiring,sebab breastfeed.

    #kttshaklee #korangtaktau #didyouknow

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2