hai assalammualaikum

Style Workshop Bersama Wawa Idris - Nad ni bukanlah seorang yang suka berfesyen sangat, tapi kalau pergi event-event, nad akan pastikan, apa yang nad pakai tu cantik, dan sedap mata memandang. Kadang-kadang kalau pergi jalan sahaja, nad suka simple dan tak terlalu lebih. Mungkin bagi diri sendiri, apa yang kita pakai tu, dah lawa dan sesuai dengan kita, tapi di mata orang lain, mungkin tak sempurna dan ada cacat cela.

First Impreesionn is the last Impression ..apakah itu??.. Inilah tanggapan seseorang terhadap kita apabila pertama kali bertemu dan bila berjumpa lagi dia akan ingat cara penampilan kita pada pertama kali bertemu sampai bila-bila.

Contohnya
Baju kau terkene kicap " eeee..baju dia ada kotor ada kicap "..
Bahagian muka..pertama kali jumpa mesti tengok muka dulu, ada something dekat celah gigi kau ke..dekat hidung kau ke..dan dalam hati mesti cakap " eee dekat gigi die ade sayur terlekat".." kau perasan tak dekat hidung dia ada apa"..hahaa..gitulaahh...
Jadi nak selamat, sebelum mula apa-apa event perlulah cek dahulu dari segi muka, pakaian dan segalanya supaya orang tak memberi tanggapan negatif kepada anda.



Disebabkan itu nad join style Workshop bersama Wawa idris di Hotel De Palma Ampang Sabtu lepas. Nak tau cara pemakaian dan pemilihan yang betul. 










Wawa idris ni merupakan seorang perunding imej korporat dan selebriti yang bertauliah dan berpengalaman dalam mengendalikan kursus dan seminar berkenaan imej dan penjenamaan ( personal branding). Tagline beliau ialah " Wow Attitude Wow Attire " . Program yang padat dengan aktiviti dan gaya penyampaian Wawa Idris yang bersahaja dan fun membuatkan program menjadi sangat seronok.


Nak nampak bergaya, anggun, cantik dan yakin dengan pemakaian yang kita pilih tak susah mana pun sebenarnya. Konsep semudah ABC diberikan oleh Puan Wawa idris iaitu
A - Appearance - keterampilan
B - Behaviour - Kelakuan
C - Communication - Komunikasi

Ketiga-tiga ni amat penting kan dalam sesuatu majlis. Cara kita berpakaian, cara kita berkelakuan dan cara kita bercakap dengan orang. Kalau dah semua ok mesti, semuanya nampak ok. Biar orang suka jangan orang benci bila tengok kita..kadang muka cantik tapi cara bercakap, ermmm..buatkan orang menyampah..hahhaha..


Pertama sekali kau orang perlu buat  ialah F.L.Y ( First love Yourself). Mestilah kene sayang diri sendiri dulu kan, baru ada semangat, yakin gitu. Take a S.E.L.F.I.E..bukan selfie amik gambar sendiri..selfie ada maksud tersendiri..
S - stop comparing yourself
E - External Perspective
L - List Your Awesome Treats
F- Focus On Achievement
I - Inner Yourself
E- Embrace Yourself


Fikir yang positif sahaja untuk diri sendiri. selalu cakap dekat cermin " aku ni lawa, cantik, mata bulat, slim"..auchh..macam-macmla..abaikan tanggapan orang lain..betul takkk...setiaporang ada personaliti masing-masing. Tak semuanya sama kan..sebab tu kita tengok gelagat orang lain-lain..Antara personalitinya ialah
- Sporty
- Romantic
- Classic
- Dramatic.

Nad dapat Sporty sebab jenis nad ni memang simple dan tak banyak songeh..hahahha...

Sekarang kita masuk masalah yang kita hadapi iaiatu imej dan cara kita berketerampilan. Salah satu masalah tak kira lelaki atau perempuan, setiap kali nak keluar, mesti terfikir ayat yang akan keluar dari mulut
"nak pakai baju apa ye".
"baju ni nak dipadankan dengan apa ye"..
"sesuai ke yang ni pakai dengan yang ni"..

Baju yang ada dalam almari punyala banyak, tapi nak memilihnya macam setengah mati..hahahha..sebab tu kita kene ikut konsep T.O.P.
T - Time ( siang / malam )
O - Occasion ( Jenis event, meeting, santai, casual )
P - Place ( tempat di mana majlis itu diadakan )



Bila kita tengok, kita teliti semua ni, kita tau apa yang bersesuaian waktu tu untuk kita pakai. Jangan main belasah je, semua nak pakai tshirt dan jeans kan..Masa ni Puan Wawa Idris mengajar cara untuk padankan baju dengan betul.


Salah satunya ialah perlu lihat pada Focal Point kita. Iaitu masalah yang dihadapi oleh kita macam pinggang besar ke, peha besar ke. Tapi kebanyaknnya banyak masalah dekat peha besar. Oleh itu untuk mengelakkan peha kita nampak besar, kita mesti focal point  bahagian atas..supaya orang tak nampak cacat cela kita tu. Contohnya, bahagian atas tu kita pakai lebih menarik dari bahagian bermasalah supaya mereka tak pandang yang bermasalah tu.



Setiap orang dikehendaki untuk mengukur badan masing-masing sebab semua orang tak sama body shapenya. Setiap bentuk badan juga berbeza, sama ada bentuk H,X,V,A atau O..sebab tu bila dah ukur kita tau pakaian apa yang sesuai dengan kita.

Orang berbadan besar 
- Seeloknya pakai pakaian yang berkolat V dan tidak memakain pakaian berkolar bulat.
- Elakkan pakai baju bercorak melintang dan pilihlah corak menegak
- pakai pakaian yang gelap
- Elakkan memakai pakaian yang color blocking, seeloknya pakai satu atau dua warna sahaja
- Memakain pakaian chiffon, tapi jangan dipadankan dengan denim..kalau cotton ok..
- Elakkan baju besar kalau saiz dah besar tu akan nampak lagi besar..dan jangan terlalu ketat..

Orang kecik / pendek
- Pakai warna senada
- Penting pakai kasut heel untuk nampak lebih tinggi
- Kalau yang bertudung kalau boleh pakai sanggul, supaya nampak lebih tinggi, tapi jangan over sampai macam bonggol unta atau nampak macam pakai helmet..heehhe..pakai nice je..
- Untuk lelaki kene pakai baju fit dan tak besar.




Acara Mix dan Match. Iaitu acara di mana semua orang perlu membawa pakaian masing-masing dan ditunjukkan kepada semua. Puan wawa akan memberitahu sama ada baju ni sesuai dengan apa, sesuai dipadankan dengan apa. Lagi selamat pakai satu atau dua warna sahaja.

Menurut kajian hanyan 20% sahaja baju yang dalam almari tu akan dipakai, lagi 80% hanya tergantung atau tersimpan sahaja dalam almari. Kenapa is tersimpan, sebab baju tu ada kenangan, cantik walaupun terslaah beli, mahal dan sebagainya. Jadi nak elakkan baju berlambak, silalah derma kepada yang memerlukan atau preloved...kannnn..kalau nad derma je..haritu pun nad baru kurangkanbaju yang memang dah terlalu kecik dekat nad..hehhee..sekarang nak tumpu baju yang bersesuaian dengan nad je. Nak nampak cantik tak perlu mahal-mahal, beli je murah-murah asalkan nampak bergaya..


Alhamdulillah..aktiviti ini berjalan dengan jayanya. ada lucky draw lagi dan nad salah seorang yang bertuah..hahaha..Banyak yang nad pelajari bila masuk ke bengkel ni. Lepas ni dah tak penin la nak pilih baju mana kan..hehee..takdela pergi event mana-mana nanti nampak selekeh kan..hehee..





The best dressed haritu..
Kepakaran Wawa idris dalam transformasi imej telah banyak digunapakai oleh syarikat korporat dan individu. Selain keterampilan, beliau juga mengendalikan kursus berkenaan komunikasi dan protokol.

Tambahan Latar belakang Wawa idris
- mempunyai master degree dalam komunikasi korporat
- menuntut diploma si style coach institute di London
- berpengalaman lebih satu dekad dalam bidang korporat serta public relations

kalau nak tau lebih lanjut pasal imej dan pemakaian, pergilah berjumpa dengan Puan Wawa idris. Beliau dah transform ramai orang, memeang bergaya habis orang tu..kalau nak boleh contact beliau
Instagram: WawaIdris_ImejPatik   
Facebook: Wawa Idris ImejPatik  
Web : http://www.wawaidris.imejpatik.com 


Terima kasih kepada penaja :
#EyeMasterOptometrist
#OptometristWan


***Info ;  Akan datang Wawa Idris akan mengadakan seminar bertemakan Kebangkitan Hero Niaga iaitu Seminar Superheroes pada 7 November 2015.****
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. kalau tira pegi, mau kena kutuk sebab mmg xreti bergaya langsung. kadang tu xmatch baju ngn tudung. haha

    ReplyDelete
  2. Pas kak nad deliver nnt boleh la stylo mylo lgi hehe . Mesti makin cntik mommy kite ni

    http://www.farahandherpandasuit.blogspot.my/2015/09/event-style-workshop-wawa-idris-x-kelab.html?m=1

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Nad. Be a stylo preggy yeah..

    ReplyDelete
  4. untungla.. wawa dah comment. Nad pasni makin comel la yer.. dah g kelas katakan.. hehehe. salam kenal. Salam2x.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2