SELENDANG PILIHANKU DI ZALORA

in , , by Nadia Johari, 12:11:00
hai assalammualaikum

Selendang Pilihanku Di Zalora - Haish perempuan kalau sebut shawl, tudung mesti akan rembat walaupun dekat rumah dah macam-macam bentuk ada..hahaa..biasalah kalau dah nampak lawa,cantik, dah berkenan mesti nak amik. Kalau boleh setiap hari nak lain-lain..hahahhaa..Zalora!!, semua dah tau dah tempat shoping online yang digemari semua, harga pun berpatutan. Banyak pilihan barang dari aksesori, pakaian, dan beg tangan. Semua ada, korang tinggal pilih, tekan dan beli..hehee. Nad memang kaki shoping online, hahahaha..tapi ni pertama kali nak bershoping di Zalora. Berkenan pulak dengan koleksi shawl di Zalora ni. 



Bagi wanita muslim,tudung adalah satu item yang sangat penting. Sebenarnya pemakaian tudung sepatutnya dipakai sejak kecil lagi, ini kerana menutup aurat adalah wajib. Tak semestinya pakai tudung tak boleh bergaya kan. Sekarang macam-macam fesyen tudung ada, yang penting menetapi syariat Islam. Ini kerana dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang sesuai ianya dapat menambahkan keserian kepada si pemakai. Yela kalau ditengokkan sekarang, macam-macam design ada, korang boleh buat bentuk macam-macm dengan shawl untuk nampak lebih selesa dan menarik. Macam nad la, suka tengok dekat youtube, lepas tu try buat..hehee..

Kita dapat saksikan golongan wanita yang berhijab semakin gemar bergaya dan mengikut arus fesyen terkini. Mereka semakin menonjol dalam dunia fesyen di Malaysia dan penglibatan mereka memberi kesan yang agak besar bagi pencinta serta pereka fesyen tanah air. Tambahan pula sentuhan moden yang diberikan kepada koleksi tudung terkini memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna.

 Kalau dulu tudung segiempat je, sekarang tudung dah mempunyai pelbagai design, ada yang bentuk segitiga, ada yang bentuk melengkungla..hahahah..zaman dah moden, pemikiran manusia pun dah maju untuk inovatif sesuatu benda yang menjadikan sesuatu barang tu semakin cantik dengan cetakan yang pelbagai..Jika dahulu tudung dilihat sebagai aksesori tambahan buat wanita dengan corak yang biasa atau sekadar ‘plain’. Namun kini terdapat variasi rekaan yang boleh dipilih di pasaran seperti tudung ala Syria, tudung satin, tudung bawal dan macam-macam lagi.

 

Antara jenis tudung moden yang semakin digilai ramai wanita yang memakai hijab terkini adalah selendang moden ataupun shawl. Ianya menjadi pilihan terutamanya dalam kalangan hijabista yang lebih muda dan remaja. Malah ramai artis Malaysia wanita bertudung di luar sana yang gemar memakai selendang seperti Dato Siti Nurhaliza, Diana Amir, Heliza Helmi, Shila Amzah, Yuna dan ramai lagi. 

Yup nad sendiri gemar dengan selendang berbanding tudung bawal, sebab shawl terletak je dekat kepala dan kemas, denagn muka yang nad yang bulat ni..hehee..tudung bawal tak berapa sesuai sebab bila nad pakai tudung bawal dia akan makin bulat, lepas tu bergerak sana sisni buat diri nad tak selesa.Ini  telah menaikkan lagi populariti selendang dalam kalangan pencinta fesyen tempatan dan kelompok peminat mereka kerana menjadi ikutan. 


 

Hah kalau korang berkenan dengan shawl dekat Zalora ni, korang boleh dapatkan koleksi selendang online terkini yang mana boleh didapati dengan cukup mudah kerana di jual hampir di mana sahaja. Kalau tidak tahu cara menggayakan selendang yang betul, boleh je pelajari tutorial memakai selendang di internet dan Youtube. Banyak juga fashion blogger yang mengajar tutorial shawl di blog mereka.Tak susah sekarang..semua di hujung jari..hehehe...sama jugak dengan bershoping..boleh je shoping online..hehehe..
SHARE 14 comments

Add your comment

  1. cantik shawl dia...

    ReplyDelete
  2. cantik2 shawl kat zalora. tapi tak pernah beli. hehe

    ReplyDelete
  3. Urghhhh tergugat iman den.. Cantiknyaaaa. Ni rasa nak membeli ni..

    ReplyDelete
  4. chanteknyerr selendang., ;p

    ReplyDelete
  5. Tak tau pasal hijab ni . But one thing for sure , when you guys wear it and of course a man ( Like myself ) haha . Sure we're in love . haha . Keep it up :D

    ReplyDelete
  6. cantiknya...tapi muka akak macam tak sesuai pakai shawl gaya ni..yang silang2 ni.

    ReplyDelete
  7. cantik warna pastel macam ni kan..

    ReplyDelete
  8. shawl mcmni lawa..hartu mcari jgk..tp rsau bila pakai kepala nmpk besar...

    ReplyDelete
  9. tengok shawl geram nak beli. tapi takde nak guna jugak. asyik pakai bawal jer. huhuhu

    ReplyDelete
  10. MMg cantik ;)


    CN follow sini dari segmen : http://www.cekgunorazimah.com/2015/08/giveaway-birthday-mum-tengkubutang.html

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2