hai assalammualaikum

Raysha Perfume Wangian Mempesona, Bersaiz kecik Tapi Tahan Lama - Harini nak bercakap tentang Perfume atau Minyak wangi. Nad ni takde la gila sangat nak beli minyak wangi tapi kalau kuar tu mesti nak kene pakai. Mestilah kita nak sentiasa berbau wangi, yela mana taknya, kang tengah buat kerja,berpeluh tetiba berbau mashemm..euuwww..taknak kann..jadi perfume la penyelamat kita untuk sentiasa wangi. Lagi-lagi time nad tengah pregnant ni..memang tak boleh bau busuk,kalau bau busuk mesti penin, muntah..sekarang nak bau wangi je.

Pilihan wangian juga selalunya bergantung kepada citarasa dan personaliti pengguna itu sendiri. Ada yang gemarkan bauan floral dan ada juga yang lebih sukakan bauan jenis fresh. Sukar untuk menentukan haruman mana yang boleh diangkat sebagai terbaik kerana ianya sangat subjektif. Semua orang impikan pewangi yang kekal berpanjangan lebih-lebih lagi individu yang bekerja kerana ingin tampil segar dan berkeyakinan ketika berhadapan dengan orang ramai. 

Memang sekarang banyak jenama perfume ni, tapi nak pilih yang mudah dibawa, kecik dan tahan lama diikuti dengan bauan yang mempesona memang susah kan. Selalunya yang sedap baunya jenama mahal dan besar gedabak. Memang takla nak bawak masuk beg, menambahkan berat je. Sekarang tidak perlu risau lagi kerana Raysha Perfume adalah penawarnya. 




RAYSHA PERFUMES adalah wangian yang berkualiti tinggi yang diimport dari UK. Di aspirasikan daripada jenama terkenal antarabangsa. Kekal wangi sepanjang hari, sesuai untuk apa jua kegunaan termasuk solat. Ia juga boleh dijadikan sebagai cenderahati dengan packaging designnya yang cantik dan menarik sangat sesuai jika dijadikan sebagai hantaran, hadiah birthday untuk yang tersayang dan sebagainya.

 Senarai Perfumes yang terbaik di dunia dari Raysha Perfumes :
 
 For Him



For Her


Halal dan bebas Alkohol

Raysha Perfumes mengandungi rumusan pati dari khazanah semulajadi serta bebas dari penggunaan alkohol. Dengan diaspirasikan dari jenama terkemuka antarabangsa yang diimport Original dari UK, ia terbukti dapat mengekalkan wangian yang berpanjangan, beraroma terapi dan berkualiti tinggi.



Nad ni suka pakai minyak wangi yang calit sikit je, pastu dah boleh bau wangi dia. Lagipun nad suka bawak minyak wangi ke mana-mana sahaja. Yela, kita pergi event sana sini, tak pun berjalan sana sini, kalau dibuatnya waktu tu cuaca panas, mesti berpeluh kan. Habis mau busuk akibat peluh, jadi sapu jela Raysha Perfume ni. 


Lagipun Raysha Perfume ni saiz kecik dan mudah di bawa kemana-mana. Isi dalam Beg pun tak berat. Tak suka bawak banyak barang dalam beg..jadi kenela pilih barang yang comel-comel macam tuannya...hahaha



Raysha Perfume ni ada macam-macam jenis. Ada yang sebotol dan ada yang sekotak dalamnya tiga botol..so better pilih yang sekotak dalam tiga botol kan..hehee..macam-macam bau perfume ada. Best oo..Yang nad paling suka ialah white musk by the body shop.
 
 
Antara kelebihan Raysha Perfume yang ramai tidak tahu :

- Halal dan Suci 
- Bersaiz kecil
- Mudah dibawa
- Beraromaterapi
- Memberi Aura
- Tanpa lemak haiwan
- Berkualiti Tinggi
- Tahan lama (24jam)
- Tanpa bahan beracun (Methanol)
- Meninggkatkan keyakinan diri
Mesra Pengguna
- Berkesan
Harga berpatutan

 
Raysha perfume pun ada pewangi untuk kereta dan rumah...hari-hari kereta dan rumah akan bau wangi je..hehhee..

  Raysha Perfumes bukan sekadar wangian untuk wanita yer...tetapi untuk lelaki juga!!! Boleh dijadikan untuk hantaran, hadiah dan sebagainya..hehhehe..
Untuk Maklumat Lanjut:
Sebarang Pertanyaan Tentang Produk Boleh Hubungi:
010 - 2255 297


SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Menarik! Kecil kecil ni senang nak bawak kemana. Ni nak try ni. Ena suka bau wangi wangian..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2