October 2014
hai assalammualaikum

Makanan Di Restoran Sakura Kristal Taman Melawati Sedap - Hari Rabu semalam nad temankan jejaka mafia pergi kerja ambil gambar. Lepas habis kerja , seperti biasa jejaka mafia akan cakap nak makan kat mana. Dalam beberapa hari ni, ramai yang tunjuk chicken chop dalam whatssap..jadi nad pun dah terliur, terus cakap "nak makan chicken chop"..Dalam hati berharapla dia tak bawak makan chicken chop tempat biasa dah pergi, jemu kot..hahahha..

Lepas tu dia call kawan dia cakap nak jumpa, jadi mintak suggest kawan dia mana tempat chicken chop dekat area Taman Melawati. Tak taula kawan dia cakap ape, tapi nad dengar dia cakap " Sakura"..wah macam special je..macam tempat mahal je..macam tempat marbelous je..hahaa..Sakura nama sama macam email nad rockers.sakura@yahoo.com..hahahha..


Sampai je dekat kawasan tu, nad tengok wahh..best, best, best....kali pertama datang ke sini, hati teruja gila..biasalah jarang makan tempat macam ni..kesian kan..hahaa..Tempat berada di tengah-tengah kawasan, mudah dan senang nak lihat restoran ni sebab perkataan Restoran Sakura Kristal boleh nampak dengan jelas. Terletak betul-betul di tepi MRR2 sebelah kiri menghala ke Ampang. Keluasan tempat ni jangan cakapla..memang luas, sesuai untuk ajak keluarga makan kat sini. Tempat pun open air..tak tertutup pun..hehee.. 

Sakura Kristal ditubuhkan pada 2003 dan cawangan pertama adalah di Kuala Lumpur. Sakura Kristal menghidangkan makanan dengan menghidupkan kembali hidangan tradisional dari kuali dan menciptakan hidangan kontemporari baru moden iaitu "grill". Antara kelebihan dalam Sakura Kristal
  1. Halal
  2. Wifi 
  3. Kemudahan Parking (,mudah dan tak perlu risau)
  4. Smoking Facilities Available
  5. Vegetarian Dishes Available 
Suasana dekat Restoran Sakura Kristal Taman Melawati




Pekerja dekat sini memang cekap dan cepat. Layanan dia pun bagus..tersenyum je..hahaha..melayan karenah kami suami isteri ni..hehee,..time aku amik gambar ni tetibe tak senyum pulak..sebab tengah peka dengan order suami..hahah..Pelbagai jenis makanan disediakan di sini..bukan grill je tau..



Tak sampai beberapa jam, makanan kami sampai..memang cepat dan efisyen..bagus..Tempat dia pun bersih. Masa nak pergi tak ramai orang datang..hehee..Nad order chicken chop black paper, suami pulak order yee mee.. 




Suasana yang senyap dan santai memang kami berdua menikmati makanan dengan seronok. Nikmat rasa chicken chop tu..perghhhh terbaikk..sedapp sehhh...harga kau jangan cakapla..memang mahal..hahhaa..standar tengok tempatla...yee mee yang jejaka mafia order pun sedapp..kuah die slurrpp..slurrppp...haishhh...lepas habis chicken chop, nad belasah yee mee jejaka mafia..hahaha..sodapp kauu..


Air pulak , nad pesan OreoMilkShake..sebelum ni nad selalu order cappucino, chocolate.. tapi balik mesti masuk angin, muntah..nad cubala order OreoMilkShake ni, sedap kau..balik takde penin dan muntah...rasa tempat die ni je ade OreoMilk Shake..tempat lain ade ke..waa..


nad sedutt sampai habiss...rasa tak puas je..aummm


Jejaka mafia pulak order aiskrim. Aiskrim campur dengan cornflakes dan air kosong..memang marbelouss..


Oh tengah makan tu nad ternampak ade satu bilik khas untuk Conferences..Siapa yang nak boleh booking dengan telefon dulu erk..No telefon dah tertera dekat situ.

 Nad kata ok dekat Restoran Sakura Kristal

Siapa nak cuba makan dekat Restoran Sakura Kristal ni boleh pergi ke
 website : http://sakurakristal.com/
location: 301,Jalan Bandar 11, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur Selangor
Facebook : Sakura Kristal Cafe & Restaurant Asian Fusion Restaurant
Sakura Kristal mempunyai beberapa cawangan sekitar Kuala Lumpur, antaranya di Taman Melawati, Segi University College, KL Festival City dan Setia City Mall








hai assalammualaikum

Rasa Seperti Zaman Dulu-dulu - Kini semakin ramai yang kembali menggayakan rekaan pakaian retro iaitu rekaan pakaian dari era 60-an, 70-an, 80-an dan era 90-an yang kini menjadi trend terutamanya di kalangan remaja. Kalau kite perasan mak-mak kite dulu banyak baju simpanan mereka yang cantik-cantik gitu, yang lain daripada lain, yang unik.hehee..Bila kita tengok balik kebanyakan baju mak-mak kite dulu semuanya ikut bentuk badan..uishhh...maknanya mak-mak kite dulu ramping-ramping kau..hahaha..Cara pemakanan dulu tak macam sekarang, kalau dulu makan jamu-jamu, sayur-sayuran, ulam-ulaman, sekarang nah ada kfc, pizza, makanan yang banyak kalori..kihkihkih..acanor kita tak naik badan..hahaha..

Trend sekarang pun dah macam kembali ke era 60 an kan..banyak design baju yang kembali ke zaman dahulu,  tetapi diberi nafas baru untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa. Yela baju orang dulu seksi kau, kalau tak diubah nanti namapk seksi dan tidak sesuai dengan gaya hidup sekarang.


Tapi nad yang dah makan banyak ni pun tetap tak naik berat badan. Takpelah tak kisah asalkan sihat walafiat. Masa tu tak terfikir pun nak amik baju mak sebab baju mak banyak yang pelik-pelik..nak pakai pun segan..hahaha..sampaila my kakak ambik satu baju mak ni, cantik pun cantik dan tak pelik..hahaha..kakak amik sebenarnya dia tak pakai, sekali nad amikla, yess muat dekat badan nad..hahhaa..tapi sayangnya kain dia tak muat..baju ni satu set dengan kain. Punyalah nad tarik-tarik memang tak muat. Nampak sangat dulu mak nad mempunyai pingang dan bontot yang ramping..fuh..kalah kauu..Bila pakai baju ni rasa nak joget kepala je..hahaa...zaman pop yeyehh..hahah

Ni mak dan ayah zaman muda..kihkih..lupa la time ni dah kawin ke belum..dah kot rasanya...tengokla baju maka pakai tu, tu la baju nad pakai..kihkih...Fuh ayah...hensemm dak..hahaa..nad edit mak macm tu sebab aurat..haha..rambut mak terpaksa ditutup..kihkih


kene belajarla cara pemakanan orang dulu kalau nak kuruih...





hai assalammualaikum

Tamat Sudah Selamat Pengantin Madu - hah sapa tengok cerita Selamat Pengantin Madu..hari ni last episode dah..dah habis dah harini..Selamat Pengantin Madu disiarkan di TV3 setiap hari  khamis. Kisah ini mengisahkan Hana (Fasha Sandha) yang mengecapi kebahagiaan rumah tangga bersama suaminya, Zulkifli (Aiman Hakim Ridza) tiba-tiba dilanda tamparan hebat dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka. Lebih buruk apabila orang ketiga itu sah bergelar madunya. Hidup bermadu ni memang besar..memang kebanyakan kaum hawa ni menentang keras bab madu..mana yang suka alhamdulillah.


Sapa layan cerita ni pasti tau yang Si Masmira bini kedua Zul seorang yang gedik dan gila kuasa..haha..nad pun menyampah tengok perangai dia..dah tau madu terima jela yang kau tu bini kedua, ni semua nak dengar cakap die..eheh...lepas tu tipu lagi pasal bab mengandung..kau hingat ni boleh buat main-main ke..kang dah kene maki hamun dengan zul bila tau masmira tak mengandung. Mas mira buat hal lagi bila Zul dengan Ana pergi bercuti. Boleh pulak dia keluar dengan lelaki lain..haaa makannya cerai..tu la buat pasal lagi.. Laki ni dah banyak kali bersabar, bila dah meletup..macam tu la..hilang dah kawalan...huhuhu..akhirnya Masmira diceraikan..

Ana isteri pertama zul pulak cuba pujuk Zul untuk berbaik dengan Masmira disebabkan tengok perangai Zul yang asyik marah je..sampai anak-anak pun takut..yela dia dah boleh terima Masmira sebagai madu tapi zul takmau. Zul pulak hangin sebab Ana ni asyik keluar dengan Gazi..ohoiii..tu aktiviti office je kot..dah anaknya cakap dia call papanya..eheh..bini tak pernah lupa suami tau..Last-last atas nasihat kawan Zul, Zul boleh accept aktiviti diaorang..dengan Zul enjoy..happy ending keluarga Zul..tiada lagi Masmira...gitu tamatnya...bolehla...

Pe korang rasa best ke idok..hehehe
hai assalammualaikum

Tudung Bawal Hajra By Khabsaa's -Tudung bawal dan shawl memang menjadi kegemaran semua kaum hawa. Kalau dulu tdung shawl ni digemari oleh anak-anak muda sekarang, mak-mak pun nak bershawl..hehhee.. Kalau dulu tudung semua singkat-singkat, sekarang ramai yang mencari jenis shawl atau tudung yang labuh. 

Tudung dan Shawl Labuh Dari Khabsaa's Shiera

Terima kasih shiera sebab tudung bawal biru yang cantik ni..hehee..pantang nampak biru laa..Ni sebenarnya tudung bawal, tapi nad jadikan dia shwal..hehhee..Shiera ni adalah junior UUM nad, sekarang dia ada jual tudung bawal dan shawl labuh khas untuk kaum hawa untuk menutup aurat. Lagi-lagi bahagian depan..hehee..

Tudung bawal nad ni tudung Bawal Hajra namanya. Cantik dan sesuai pergi ke mana sahaja. Tudung bawal ni boleh dipakai dengan pelbagai gaya, banyak dah kan tutorial dekat youtube..Jenis kain tudung bawal Hajra ni dari jenis kain soft cotton.

Kalau korang malas buka youtube Khabsaa's Shiera ni pun ade tutorial die sendiri..boleh tengok page ni Khabsaa's by Shiera Syahirah

 Dah dua tahun Shiera menjual tudung dan shawl ni..alhamdulillah mendapat sambutan. Sebenarnya Khabsaa's ada jual pelbagai jenis warna, semuanya cun, dan paling penting tak jarang. Ni antara produk daripada  Khabsaa's by Shiera Syahirah




Ade sapa-sapa berkenan boleh order dekat sini
Fanpage ; Khabsaa's by Shiera Syahirah
Contact : Text/wassap 0139758195







hai assalammualaikum

Tips Simple Solekan - Bab solekan kadang-kadang ada yang suka solek tebal dan ada yang solek nipis. Bagi nad solekan simple dah nampak cantik, asalkan solekan tu tak comot, tak nampak macam badut. hehee..Solekan juga amat penting untuk memberi keyakinan kepada seseorang.Jom tengok tips solekan ni..


Bedak asas
Pemakaian bedak asas dan bedak muka kadangkala akan mula "mencair" dalam masa panjang, jadi seeloknya hanya gunakan sedikit bedak asas untuk menutup bahagian yang mula berminyak, bukannya di seluruh wajah.

Pemakaian makeup dengan menggunakan jari
Menggunakan jari bagi meratakan warna juga mampu memberikan gaya solekan berbeza selain menjimatkan alat solek berbanding menggunakan span yang tentu akan cepat habiskan alat solek tu.

Pemerah pipi
Pemakaian pemerah pipi janganlah terlalu tebal, kerana muka nampak akan lebih huduh dan seperti badut. Pakai nipis sahaja pemerah pipi dengan cara ambil span dan letak kan pemerah pipi , kemudian ketuk sedikit bagi mengurangkan pemerah pipi itu di span sebelum di sapu ke pipi.

Kilauan Asli di Bibir 
Mengenakan calitan warna asli seperti warna coklat pic, beige ataupun merah jambu. Memakai sedikit sahaja pengilat bibir, untuk nampak bersinar, jangan pakai terlalu banyak takut bibir akan kiring.

Kertas penyerap minyak
Benda ni nad selalu guna kalau kulit berminyak. Kertas penyerap minyak bagi mengelap minyak yang keluar dekat muka. Dalam cuaca panas, pasti lama kelamaan muka akan berminyak, terutama bahagian hidung, jadi gunakan kertas penyerap minyak untuk menghilangkan sebarang kilatan pada kulit.


Kadangkala kesilapan solekan disebabkan kita yang jarang belajar cara makeup kan. Jadi rajin-rajinlah melihat youtube atau di mana sahaja. Rajinkan diri untuk bermain dengan solekan untuk jadi lebih kreatif. Best main solek-solek ni sebenarnya, bila dah tau nak keluar pun bersolek dengan lawa dan berlainan.

hai assalammualaikum

Tutorial Ambil Link Post Status Di Facebook - hah ramai yang tak tau macam mana nak ambil link yang korang post tu dekat facebook..ramai yang blur termasukla nad..hahaa..cara ni nad guna semasa contest Pak John Steamboat yang nad sertai. Juri nak tengok link post kita, letak atau tak dekat mana-mana, sennag nak judge, bukan sorang peserta tapi ramai peserta. Selain itu kadang-kadang company suruh korang buat status pasal produk mereka dan nak tengok link yang korang post berkenaan produk mereka..jadi bila tekan link post status ni hanya keluar pasal produk mereka sahaja..takdelah diaorang nak scroll memanjang untuk cari korang post pasal produk mereka..

INGAT!!! INI BUKAN LINK FACEBOOK KORANG TAU.. ini link POST STATUS korang..

Meh tengok tutorial ni

1) korang buat status berkenaan sesuatu produk seperti dalam gambar


2) Tekan masa bawah nama tu..


3) lepas tu die keluar gambar besar ni..atas tu baru link post sebenar untuk post itu sahaja.


Senang dan mudah kan. Cara ni memudahkan company untuk melihat anda buat post atau tidak berkenaan produk mereka atau status contest yang dijalankan. Takdela company tu duk scroll sampai ke bawah sebab benda yang di post akan ke bawah..tak ke penat diaorang nak tekan..kaan..hehe..selamat mencuba..
hai assalammualaikum

Rahsia Tembikai Segarkan Kulit - Tembikaii!!..mesti bayangkan air jus tembikai, takpun bayangkan tengah kunyah tembikai time cuaca panas..memang terus segar badan kan. Namun tembikai ni juga bukan sahaja boleh buat dibuat minum, di sebalik rasanya yang manis,segar dan mudah disediakan, terdapat pelbagai manfaat kecantikan kulit bagi mereka yang suka menjaga diri dengan cara yang murah dan selamat. Tembikai ni kaya dengan vitamin A dan C, tiada lemak dan tinggi kandungan air.

Bagaimana Tembikai Segarkan Kulit


 Menyegarkan muka
Air tembikai boleh dijadikan penyegar semulajadi yang mampu memperbaiki penampilan kulit dan merawat jerawat sekiranya diamalkan setiap hari. Isinya boleh diurut dan di sapu terus ke muka atau dicampurkan dengan madu.

Penuaan berkurangan
Tembikai kaya dengan sumber vitamin A,C dan likopen yang mampu melawan radikal bebas seterusnya tanda awal penuaan seperti kedutan, garis halus dan bintik usia.

Melembapkan kulit
Kulit kering boleh menyebabkan wajah kusam dan tidak menarik. Oleh itu makan tembikai mampu melembapkan kulit kerana tembikai terdapat kandungan air yang tinggi.

Mengurangkan saiz pori
Vitamin A dalam tembikai juga mampu mengurangkan saiz liang pori dan mengurangkan rembesan minyak pada wajah. Paling mudah, picit tembikai untuk keluarkan jus yang ditapis kemudian gunakan kapas dan sapukan jus ke seluruh wajah dan leher setiap hari. Ia juga boleh dicampur dengan madu dan yogurt untuk dibuat pupur wajah.

Mengurangkan rasa letih, tekanan dan kerisauan
Tembikai juga kaya dengan vitamin B6 yang berperanan membantu mengurangkan rasa letih,tekanan dan kerisauan melampau. Apabila kita sentiasa senyum pasti wajah kita akan nampak lebih manis.


hai assalammualaikum

Susun Atur : Idea Kreatif Cara Simpan Anting-anting, Gelang dan Rantai - Sebelum ni nad ada buat entry berkenaan simpanan barang makeup..sekarang nak tunjuk tempat simpanan barang remeh ni. Perempuan memang menyukai barang-barang aksesori ni, sebab cute dan cantik. Tapi bila dah kumpul banyak nak simpannya pun dah tak tau macam mana kan. Sesetengah orang akan simpan barang-barang seperti anting-anting, gelang da rantai dalam satu bekas, sebab bagi diaorang senang nak ingat dan tiada masalah. Oooppss ..yeke takde masalah..masalah ni penah terjadi kat nad..fuh...kalau kita dah terlambat nak pergi keluar jalan, mula masa tu kelam kabut nak pakai itu ini. Masa tu punya la nak cari gelang dengan rantai tetibe rantai terlilit pulak dengan gelang, nak betulkan dah terlambat..alamatnya memang tak pakai sebab nak kejar masa..huh..sadis je..Lagi satu kalau gelang tercabut kalau dah terlilit, almaklumla tarik ganas sangat...lagi sedihh

Lagi satu anting-anting ni macam-macam jenis ade, kecik ade, panjang ade, lepas tu die sepasang..kalau diletakkan dalam satu bekas memang nak cari sepasang macam susah je kan. Jadi nad nak tunjuk cara kreatif menyimpan barang-barang rumit ni. Idea-idea kreatif untuk simpanan barangan kemas, malah, tempat penyimpanan yang ingin digunakan juga boleh recycle barang lama, tidak perlu berbelanja. 

frame

botol

penyangkut

rantai
penyangkut tuala
raket badminton

hai assalammualaikum

Susun Atur : Bekas Untuk Simpanan Barang Mekap - Kalau korang pergi masuk je ke bilik perempuan mesti dekat meja solek penuh dengan barang makeup, barang penjagaan badan dan macam-macam lagi..udah namanya perempuan..nak buat macam mana..sentiasa nak nampak cantik..hehee..Selain barang makeup, pin tudung , rantai, gelang semua menjadi benda yang digemari kita kaum hawa ni..hehe..

Masalah yang dihadapi oleh  kaum perempuan ni lepas letak je barang dia, entah hilang ke mana dah..hahaha..gitulaa Nad. Asyik terlupa je mana barang nad letak. Kalau barang makeup lepas gune main letak gitu je..Lama-lama tengok meja solek bersepah..ish memang tak suka la nengoknya. Bila barang makeup dah banyak, mesti nampak berselerak kan. Jadi nad pikir nak cari box untuk letak alatan makeup, gelang, pin dan sebagainya dengan teratur.

Box Bertingkat Untuk Alatan Mekap, pin dan gelang



Inilah rupa box tu. Nad beli box ni dekat kedai  Daiso. Murah pun murah. Box  macam ni banyak didapati dekat daiso,tesco, kedai 2 ringgit..banyakla..hehe. Dekat daiso lagi murah. Nad beli dua box, satubox besar satu box kecik dan berwarna warni..ceriala sikit.. takyahla beli yang mahal-mahal sebenarnya..murah dan asalkan nampak kemas..Kenapa nad beli dua..sebab satu nak bubuh barang makeup dan satu lagi bubuh benda kecik-kecik.




 Nad pilih box ni sebab besar, bertingkat-tingkat senang nak isi banyak barang dan semestinya berwarna biru. Box yang ni nad simpan untuk barang make up.macam gincu, lipice, eyeshadow dan lain-lain..



Untuk box warna warni nad bubuh barang-barang pin dan gelang. ade box ni senang, lepas pakai je tarik dan letak lepastu tutup..hahaha..takdela lepas ni pin hilang ke mana lagi..huhuhuhu.. Untuk gelang pun ade tempat die..nad satukan biar senang.. Oppss gelang yang biasa2 je..yang emas-emas tu simpan tempat yang tersembunyi..heeehhe...Selalunya orang ade bekas untuk gelang tu,tapi disebabkan nad jenis yang suka main campak je..jadi letak jela dalam box..hahaa..ok je..


Yang bekas ni pulak, bekas hantaran masa kawin..hahahha..jimat kan..bekas ni letak bedak, deodorant dan barang jejaka mafia. Orang laki barang die sikit je, lepas tu barang kene letak luar biar die nampak..hehee..Selain itu letak minyak wangi..

Dah nampk kemas..hehee...meh tengok video ni..pergh banyak tul makeup die..lepas ni nak beli bekasuntuk brush pulak..hehhee


As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%.



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale.

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 11/11 Lazada Malaysia (link)

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !!

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

hai assalammualaikum

Bebola Cheese Tepung Goreng Kentucky - Malam-malam ni rasa lapar la pulak. Mula la selongkar apa yang ade dekat peti ais tu..hehhe..pergh macam-macam hado. Makanan frozen Pak John Steamboat punya pun hado lagi..hahaha..nak buat macam mana, dua orang je dalam rumah..makanan pun tak habis lagi. Selongkar punya selongkar, nampakla bebola cheese Pak JohnStemaboat ni. Pikir punya pikir, hah buatla bebola cheese disalut dengan tepung gorng kentucky..hehehe...selalu kentucky buat dekat ayam je, tapi nad nak buat dekat bebola..hahahah

Dua bahan yang diperlukan, mudah dan senang.

tepung goreng kentucky dan telur 



Pertama sekali telur dipecahkan dan di kacau dalam pinggan. Masukkan bebola cheese dalam telur dan salutkan. Kalau malas nak buat satu-satu , masukkan je semua..hahaa..salut semua dengan telur ni..


Selepas itu, sadurkan dengan tepung goreng kentucky. Dah siap semua, masukkan dalam kuali yang dah panas. Dah tu gorengla..hahaha

Nah selamat menjamu selera..nyum..nyum..nyum...