hai assalammualaikum

Filem Preview : Rumah Pusaka Di Simpang Jalan : Hari Isnin bersamaan 15/12/2014 nad dapat jemputan ke tayangan perdana filem Rumah Pusaka Di Simpang Jalan. Ini kali pertama nad join tayangan perdana. Sebelum- sebelum ni takdapat pergi sebab jauh..yela selalu buat dekat kuala lumpur..jadi tak adapat join..sekarang dah stay kl senang la sikit nak join blogger ni. Macam biasa ajak jejaka mafia sekali sebab setiap seorang boleh bawak sorang..siapa lagi den nak bawak kalau bukan kekasih halal saya ni..huhuhu..


Tayangan perdana ni dibuat dekat TGV KLCC..jadi dekatla dengan rumah..takdela dekat sangat macam sebelah je..hahaa..Pendaftaran dibuat pada pukul 8 malam.


Masa tengah daftar, time-time tu pengarah ni keluar..hehe..Siapa lagi Mamat Khalid lee..cerita nad nak tengok ni pun arahan die jugak. Dah kalau die yang buat cerita mesti lawak kan..tengok je filem arahan die yang lain seperti Hantu Kak Limah Balik Kampung dan Zombi Kampung Pisang..hehe..

Sebelum masuk panggung wayang kmi semua disajikan dengan pelbagai makanan. Terdapat pelbagai media dan artis yang hadir.



Sempat jugak bergambar dengan fida dan pekin..Comel je Fida..kechik molek..kali pertama tengok tayangan perdana, bila tengok ramai artis datang..terpegun sekejap..hehee


Lepas tu, kami dibawa ke panggung wayang. Sebab masing-masing dah tak sabar macam mana cerita Rumah Pusaka Di Simpang Jalan ni. Nad dengan geng blogger lain amik seat bawah sekali.



Sinopsis cerita
Rumah Pusaka Di Simpang Jalan mengisahkan beberapa Ahli keluarga Datuk Semerah Setongkol yang masih hidup  dipanggil ke sebuah rumah pusaka untuk menerima harta peninggalan warisan nenek moyang mereka. Mereka semua dijemput ke rumah nenek moyang mereka dan disambut oleh Johar Zulkifli (Syuk SYJ), penjaga rumah tersebut. Rashid (Pekin Ibrahim) mempunyai perasaan ganjil bahawa sesuatu yang tidak kena dengan rumah ini semasa beliau menjejakkan kaki ke rumah. Namun untuk mendapatkan harta pusaka tersebut mereka semua diminta untuk tinggal di rumah pada malam itu dan mereka terpaksa melalui ujian yang telah ditetapkan. Peristiwa yang pelik mula berlaku kepada semua ahli keluarga termasuk Rashid, Markona (Beli Ngasri), Yeh (Rab Khalid), Susanti (Jehan Muse), Ali (Ahmad Maembong) dan Milie (Fatin Syahirah)., .

Barisan pelakon seperti Pekin Ibrahim, Jihan Muse, Syuk SYJ, Bell Ngasri, Fatin Syahirah dan Ahmad Maembong. Ahmad Maembong adik kepada Emma Maembong. Baru je berjinak dalam lakonan..ok not bad die berlakon.

Bagi nad cerita ni memang menarik ditonton, untuk seisi keluarga sebab ia merupakan filem komedi seram. Seram campur dengan kelakar..Kisah yang memberi pengajaran kepada kita semua.


Rumah Pusaka Di Simpang Jalan akan mula ditayangkan di pawagam seleuruh Malaysia bermula 1hb Januari 2015. Jangn lupaa eee...pakat-pakay ajak kengkawan dan family layan filem ni..hehe
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. wahh bestnya dpt jemputan...
    mcm best cita ni..

    ReplyDelete
  2. boleh bawak family tengok zarulfarhana

    ReplyDelete
  3. kalau seram sepenuhnya tadi memang tak nak pergi tengok. tapi ni ada komedi macam menarik :)

    ReplyDelete
  4. Wa. Mcm best je ni! Kena tengok nanti :)

    ReplyDelete
  5. Kalau filem mamat khalid mesti lawak kan..

    ReplyDelete