hai assalammualaikum

Bezanya Kampung Dengan Bandar - Memang banyak perbezaan kampung dengan bandar. Setiap kali nak balik kampung mesti seronok, yela dapat lari dari kesibukan dunia. Tapi ade sesetengah orang yang dah menetap lama di bandar tak suka balik kampung..puncanya takde line nak beronline (.kalau rumah tu tak dipasang internet).. Selain tu masalah nyamuk..pastu dengan sejuknyaa..Tapi ada sesetengah rumah dekat kampung dah diubah jadi macam bandar disebabkan nak beri keselesaan.


Kalau nad lagi suka kampung yang betul-betul kampung.  Memang seronok kalau balik kampung. Waktu pagi ayam berkokok, petang beriadah di halaman rumah, main kejar-kejar ayam..hahaa.. malam ditemani bunyi cengkerik..lenanyaa tido tanpa gangguan. Dengan cuaca yang sejuk, udara yang nyaman sebab dikelilingi pokok yang menghijau.


Kalau di bandar, tempat nad tinggal ni, memang terlalu bising. Dengan bunyi kereta, lorila, moto rempitla, lagi dasyat setiap hari nampak kemalangan. Tapi setakat ni takdela sampai melibatkan nyawa. Pagi pulak dikejutkan dengan bunyi hon kenderaan..hahaha. Malam susah nak tidur, tapi kalau dah ngantuk tidur jugak..hahaha.. Tapi tak semua tempat bising, ada juga yang best, tapi masalahnya bila kesesakan lalu lintas. Hadap jela..

Ini lah perbezaan nad bila dah menetap di bandar. Maybe rumah tak strategik kot..ape2 pun hadap jela..heheh...lama-lama ok..dah tak heran bunyi-bunyi bising oii..anggap jela seperti bunyi muzik..


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

9 comments so far,Add yours

  1. Salam blogwalking here :)

    setuju. kalau bukan sebab facilities takde org nk duduk bandar huhuhu

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
  2. suka kampung, fresh dan semak kepala dengan jem

    ReplyDelete
  3. Kampung best...
    leh mandi sungai.. he ehe he

    ReplyDelete
  4. saya dah duduk kampung, tapi nak lagi yang jenis kampung. nak rumah kayu macam dulu2.. guna atap nipah.. lama xrasa suasana tue..

    ReplyDelete
  5. Paling best bila hujan kat kampung.. hujan timpa atap.. waaaaa best tido.. bau hujannn..

    ReplyDelete
  6. Kwsn tmpt tgl lya memg ala2 kg gitu, jauh dari kesibukn kota

    ReplyDelete
  7. Kalau la senang dapat rumah kat kampung kan best :) Anak leh gi main kejar-kejar dengan kambing wakakaka

    ReplyDelete
  8. Sy skrg dduk kpg. Line tenet ok je. Cuma xde shopping mall..hihi
    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete