September 2014
hai assalammualaikum

Burger Menjadi Kegilaan -  Malam ni tetibe pulak nad rasa macam malas je nak masak. Hari ahad biasalah..datangla kemalasan die..hahaha. Walaupun banyak makanan Pak John tu, disebabkan malas mintak jejaka mafia beli makanan. Tetiba malam ni rasa nak makan burger je. Makanan yang simple dan mengenyangkan. Bila dapat je burger tu, alahai nikmatnya walaupun hanya burger sahaja. Nad memang suka yang banyak sayur...pandaila orang ni buat. 


Bestnya bila nad post je dekat facebook, memasing jadi lapar bila tengok burger..hhehee..memang burger ni special laa...adakah malam ni semua mengidam burger..sekarang ni macam-macam jenis burger ade, burger bakar abang burn, burger hitam..tapi paling best burger tepi jalan gak..murah pun murah..kihkihkih.. 

Nad makan burger sebab ape, sebab dapat tips daripada seorang blogger nak menaikkan badan..hehehe..cek makan burger satu bungkus pun dah kenyang. Nak makan setiap hari macam muak pulak. Apa-apa pun malam ni kenyang burger...
hai assalammualaikum
kredit pic mohd rasul
Kemeriahan Majlis Blogger award 2014 Pak John Steamboat dan Hai Blogger - Selama nad berblogging, tak pernah pulak terfikir nak join ni semua, sampailah satu masa selepas bercampur dengan blogger yang berpengalaman, kelebihan blogging banyak manfaatnya selain berkongsi dengan orang malah dapat membantu peniaga memasarkan dan mempromosikan perniagan mereka. . Terima kasih kepada Halim Brothers selaku pengasas kelab komuniti Hai Blogger kerana memberi peluang kepada para blogger  dan Members Pak John Steamboat kerana mempercayai para blogger bagi membantu mempromosikan restoran mereka kepada orang awam. Siapa sangka dengan hanya menulis sahaja boleh dapat Award..satu penghargaan yang tinggi buat blogger kan..



Blogger Award 2014 diadakan sempena menghargai blogger yang menyertai contest " Food Review Pak John Steamboat BBQ " semasa majlis berbuka puasa di Pak John Steamboat Ecurve bagi memperkenalkan cawangan terbarunya yang dibuka di sana.

Dua Icon yang dijemput
Kredit pic Mohd rasul
 Pada hari tu ,turut dijemput dua icon blogger yang berbeza cara penyampaian. Salah seorang blogger merupakan food blogger daripada explorasa.my iaitu saudara Ishak Ismail. Menceritakan berkenaan penulisan blog explorasanya berkenaan makanan dan keyword makanan yang mendapat sambutan orang ramai di dalam google. Permainan keyword dalam blog berkenaan makanan memang sangat tinggi, sebut je pasal makanan pasti semua orang akan suka, search sahaja di google pasti akan keluar. Apa yang dikecewai oleh food blogger ini adalah dari segi pembayaran dalam review makanan. Blogger yang membuat food review memang sukar untuk mendapatkan bayaran kerana bagi peniaga sudah cukup dengan memberi makanan percuma, sedangkan ada sesetengah blogger yang menjadikan blog sebagai punca rezeki. Pengusaha restoran masih tidak sedar lagi bahawa blog mampu memperkenalkan restoran mereka kepada orang awam dengan jangka masa yang panjang. Di harap selepas ni pengusaha restoran dapat mengeluarkan sedikit bajet untuk  food blogger.


Kredit pic Mohd rasul
 Icon kedua adalah daripada vlogger. apa itu Vlogger?. Vlogger ialah mereka yang menyampaikansesuatu melalui video. Macam blogger melalui penulisan, vlogger pula melalui lakonan, percakapan bahasa badan..hehehe..Vlogger yang dijemput adalah Azfar – Youtuber daripada geng #Cubatry. Nad pertama kali tengok die ni..hhehehe..lepas tengok video die ni boleh tahan jugak dia buat video tu.




Pak John steamboat wangsa Walk
Bahagian atas di Pak John Steamboat wangsa Walk. Kredit pic Mohd rasul
Event Blogger Award 2014 telah diadakan di Pak John Steamboat di Wangsa Walk. Cawangan pertama Pak John Steamboat yang berkonsepkan Ala-Carte. Ini merupakan kali pertama nad datang ke restaurant Pak John Steamboat di Wangsa Walk, sama juga di Pak John Steamboat Ecurve..hehee..
  
 Kedua-dua tempat ni berbeza kerana di Pak John Steamboat Wangsa Walk mempunyai dua tingkat dan event malam tu diadakan di tingkat atas dengan view yang menarik. Di tingkat atas juga ade untuk smoking area..selamatla siapa yang nak merokok..gembiralah jejaka mafia, tabiat die lepas makan akan merokok..memang sesuai laaa.



Cara makan steamboat dengan betul

Sebelum makan, kenela tau cara masak steamboat macam mana kan, yang kau tau masuk an je semua makanan..hahaha.. Cara memasak steamboat yang betul oleh chef Pak John Steamboat. Lepas dah tau boleh la kau makan..heehe
Tu dia, macam-macam ada


Yummy


Ini antara makanan yang dihidangkan kepada tetamu..meleleh tau tengok daging dia. Oh pada hari itu ada dua sup yang dihidangkan iaitu sup udang dan sup kari.Inilah kelainan Pak John Steamboat iaitu sup dia. Kedua-dua sup sangat meyelerakan. Dengan pelbagai jenis sos yang disediakan.



Tak sabar nak makan

Makan time

Bila blogger dah makan...senyum manjang...hehehe

Pak John Steamboat Cawangan Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 & FL-02,
Wangsa Walk Mall, Wangsa Avenue,
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1,  Bandar Wangsa Maju
Kuala Lumpur



Persembahan daripada Voxscape Malaysia


Nyanyi sambil makan

Kredit pic Mohd rasul

Sambil makan, kami dihiburkan dengan nyanyian. Persembahan daripada 
Voxscape Malaysia, Azhar Mustapa dan Razak A’ai.. Suara yang sedap dan merdu memang memeriahkan suasana dan masing-masing terhibur dengan nyanyian yang didendangkan..memang best laaa...terbaikkk korang..semoga korang terus success dalam industri muzik ni.



Bersama vlogger terkenal

J
emputan Khas – Vlogger Shazreen Fazlynda turut bersama di dalam majlis ini. Mula tertarik dengan video budak cokelat dan ragam muka buku..hehe..tengok banyak kali pun tak jemu..

Penganugerahan Blogger
Kredit pic Mohd rasul
Penghargaan buat blogger apabila semua yang menyertai telah mendapat sijil penghargaan kerana menyokong Hai Blogger dan Pak John steamboat. Alhamdulillah..ade jugakla penganugerahan macam ni, kira apa blogger buat tak sia-sia.

Seramai 22 orang blogger hadir memeriahkan majlis Blogger Award ini. Masing-masing telah memberi entry yang sangat terbaik, pemilihan yang dibuat berdasarkan jalan cerita yang menarik beserta gambar yang mampu menarik pembaca untuk datang ke Pak John Steamboat. 3 orang pemenang telah dipilih dengan mengikut kritiria yang diberi. Inilah saatnya yang dinantikan, untuk mengetahui siapakah pemenang entry terbaik Pak John Steamboat. Halim mula membaca sedikit ayat di dalam entry, semua mendengar dengan teliti..khusyukk..hehhee..dan pemenangnyaaa


Pemenang Ketiga : 
 Mahamahu – www.mahamahu.com 
Membawa pulang trofi dan wang tunai RM 500

Tempat ketiga

Pemenang Kedua: 
Ellie Toh – www.cleffairy.com 
Membawa pulang trofi dan wang tunai RM 1000

Tempat kedua

Pemenang Pertama: 
Nadia Johari – www.miszrockers.blogspot.com
 Membawa pulang trofi dan wang tunai RM 1500.  

Pemenang entry terbaik

Alhamdulilllah rezeki..tak sangka..masa di baca tu memang ku kenal ayat tu..haha..jantung dah degup laju..tapi buat2 lek luuu...baca whatssup..sekali die sebut nama.. " nadia johari daripada www.miszrockers.blogspot".. Waa lagila terkejut..tercari2 husband ..hahaa..konon macam dapat award retis gitu..nak peluk kiss tgn husband..poyo je kann..padahal masa tu laki kau duk merokok kat luar..hahhaa..macam tak caya..semuanya hebat2 belaka..rezeki baru kawin kot..hehe..syukur.. Yang pilih mereka..ku tak tau ape2..ku hanya join dan support hai blogger je...huhuhu..balik tu..terus cakap terimakasih kat husband sebab banyak support dan bantu nad..seterusnya..apa yang berlaku..kihkihkih...hadolaaaaa.... nah INI entry nad untuk join contest haritu


Kaio Studio

Ehh tak habis lagii..ada seorang lagi special winner yang telah dinobatkan...Tahniah kepada Anwar Abdullah daripada Kaio.my. Ni namanya rezeki baru lepas tunang..hehehe..boleh simpan duit untuk kawin nanti.

Stok steamboat

Malam tu semua adalah pemenang..masing-masing bawak balik doorgift paling besar sekalii..nahh amik kau steamboat punyer makanan satu kotak sorang..alhamdulillah..memang rezeki kitaorang para blogger malam itu. Bukan sahaja dapat bawak balik sekotak steamboat malah dapat voucher Pak John Steamboat kau...fuhh..memang puas la makan.. Inilah kelebihan blogger, bukan sahaja dapat kenal ramai kawan, malah dapat membantu syarikat memasarkan produk mereka. 


award yang dimenangi

Terima kasih sekali lagi kepada Halim Brothers dan Pak John steamboat. Tak lupa juga kepada kemeraman, www.mohdrasul.com & Clora Studio
hai assalammualaikum

Beg Kamera Serbaguna - Bagi yang minat mengambil gambar menggunakan dslr , beg kamera adalah satu keperluan yang penting, mana taknya, barang-barang kamera pun ade pelbagai fungsi, dengan lens, dengan filter,dengan benda-benda lain lagi la..Macam jejaka mafia, beg tu la yang diusung apabila pergi kerja, senang bila ada beg ni, barang-barang kamera pun selamat dan tak calar. Cuba bayangkan takde beg khas untuk kamera, takkan semua nak angkut guna tangan kan..mau jatuh, nangis tak berlagu la korang yee...



Beg kamera yang bagus mestilah diperbuat daripada meterial yang tahan lasak,lagi mahal lagi bagus, depends pada yang pakai..kadang-kadng yang murah pun boleh kalau orang tu jaga dengan elok. Beg kamera ni ade baiknya sebab terdapat lapik kusyen yang lembut khas untuk meletakkan barang-barang kamera. Lagi bagus kalau banyak lagi ruang simpanan..bolehla letak lens satu tempat, kamera satu tempat..takdela berterabur nanti kan.. Yang paling penting beg ni mestilah selesa untuk dipakai dan mudah dibawa. Lagi senang beg macam sekolah ni daripada beg sandang..takdela bahu sakit..sebab kadangkala nad yang kene bawak beg die ni..yola teman jejaka mafia pergi amik gambar, takut hilang..binila kene jaga..hohoho..redha jela..




Kan best kalau beg kamera pun boleh tambah macam ni..hhahhahaa... dengan anak-anak sekali disumbat..takyah beli beg baby tu..hahaa..suka sangat bawak kamera nahh bawak anak sekali..penah buat entry pasal ni..baca SINI

kredit Mohd Rasul
kalau ni pulak..hahaha..haiwan peliharaan pun ok..lalala..beg kamera memang serbaguna..hehee

beg kamera yang bagus adalah diperbuat dari meterial yang tahan lasak. Mampu sumbat sebanyak mana peralatan yang boleh walaupun kebanyakkan masa kamu tak bawa semua peralatan pun. Tetapi berguna sebagai back-up kegunaan jangka masa panjang. Incase kamu perlukan 2nd body atau extra lens suatu hari nanti. Lagi banyak space lagi bagus. Tapi tidak berlu besar sangat sampai leceh nak usung.



Selain itu, beg yang bagus juga mempunyai fungsi asas seperti lapik kusyen yang terbahagi kepada beberapa ruang untuk mengisi kamera, lens dan speedlite. Semestinya, selesa untuk dipakai dan mudah dibawa. Cantik juga bagi aku adalah penting. Lagi tak nampak macam beg kamera lagi bagus. Bayangkan, kamu nak menghadiri upacara rasmi. Kalau beg mengalahkan offiicial photographer pada hari berkenaan tak ke poyo. Kan kan?
- See more at: http://www.blogdiloz.com/2011/03/review-camera-bag-vanguard-up-rise-45.html#sthash.YO6HpCf5.dpuf
beg kamera yang bagus adalah diperbuat dari meterial yang tahan lasak. Mampu sumbat sebanyak mana peralatan yang boleh walaupun kebanyakkan masa kamu tak bawa semua peralatan pun. Tetapi berguna sebagai back-up kegunaan jangka masa panjang. Incase kamu perlukan 2nd body atau extra lens suatu hari nanti. Lagi banyak space lagi bagus. Tapi tidak berlu besar sangat sampai leceh nak usung.



Selain itu, beg yang bagus juga mempunyai fungsi asas seperti lapik kusyen yang terbahagi kepada beberapa ruang untuk mengisi kamera, lens dan speedlite. Semestinya, selesa untuk dipakai dan mudah dibawa. Cantik juga bagi aku adalah penting. Lagi tak nampak macam beg kamera lagi bagus. Bayangkan, kamu nak menghadiri upacara rasmi. Kalau beg mengalahkan offiicial photographer pada hari berkenaan tak ke poyo. Kan kan?
- See more at: http://www.blogdiloz.com/2011/03/review-camera-bag-vanguard-up-rise-45.html#sthash.YO6HpCf5.dpuf
hai assalammualaikum



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor

2. Wajib Like Fanpage Sponsor
 

3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....
hai assalammualaikum

Kelab Blogger Ben Ashaari Semakin Dikenali - Nad blogging sejak 2011 lagi. Blogging untuk berkongsi dan mencari ramai kawan daripada pelusuk negeri. Bagusnya blogging ni kita boleh dapat ramai kawan yang datang daripada pelbagai negeri, yang penting kita kene bersifat terbuka dan tidak segan silu. Sejak blogging banyak ilmu nad dapat, dan banyak info nad tau. Sejak blogging jugak nad kenal dengan Ben Ashaari. Kisah dia menjadi Mr Mama..heheeh

Masa tu nad blur tak tau pun wujudnya group-group sebegini. Tak sangka banyak manfaatnya kita join group-group ni. Mampu meningkatkan blog kita dari lebih jauh ke depan. Nad pun baru sahaja join Kelab Blogger Ben Ashaari, mulanya memang malu-malu kucing tapi disebabkan mereka yang sporting dan menerima sahaja sesiapa yang masuk, malu tu jadi hilang..terima kasih u alls.. Group yang tidak memilih kecantikan dan paras rupa..semua dibahagi sama rata, tidak ade unsur puak semua saling bantu membantu. Alhamdulillah group macam ni kita nak..

Logo Kelab Ben Ashaari

http://kelabbloggerbenashaari.com/

Tahun 2012 or 2013 nad mula aktif berblogging. Masa tu baru tau nak naikkan pageview kene ping entry di setiap ping yang ditubuhkan. Ben Ashaari bermula dengan membina page di facebook iaitu Kelab Blogger Ben Ashaari Kelab Blogger Ben Ashaari merupakan salah satu page khas untuk blogger meletakkn atau berkongsi link blog mereka. Sebarang soalan berkenaan blog juga boleh diajukan di dalam kelab ini. Ilmu dikongsi bersama. Memang terbukti berkesan,page ini telah mencecah ke angka 24 ribu.


http://kelabbloggerbenashaari.com/

Setelah bertahun kelab ini ditubuhkan, akhirnya pengasas Kelab Ben ashaari iaitu Ben Ashaari sendiri bersama beberapa blogger yang lain telah berjaya menubuhkan laman web bagi Kelab Blogger Ben Ashaari. Inilah salah satu cita-cita Ben Ashaari untuk menjadikan kelabnya terus maju ke hadapan dan menunjukkan blogger mampu berdaya saing dengan yang lain. Dengan tagline " Bukan Sekadar Blogger" menunjukaan kami semua bukan sahaja kawan sebagai blogger malah lebih daripada kawan. Ramai yang berfikiran negatif apabila hastag #kelabbloggerbenashaari di guna, sebab apa, sebab mereka hanya melihat dari sudut negatif dan bukan positif. Bila dah merasa masuk di dalam group ni andaian tu pasti akan hilang. Team ni bersungguh-sungguh dalam membantu blogger untuk terus maju.  Kelab yang ditubuhkan sejak 2009 ini telah berjaya menghimpunkan lebih daripada 14,000 blogger pelbagai niche dan profesion.

Instagram


Selain itu, tertubuhnya Instagram  @kelabbloggerbenashaari di sini semua gambar aktiviti yang disertai ahli akan diupload. Oleh itu marilah sokong kelab ini dengan follow di Instagram.


Kata-kata Ben Ashaari
 "Selain dari mengeratkan silatuhrahim sesama blogger dan mempromosi blog, tujuan kelab ini juga adalah untuk memberi panduan dan tips pada rakan rakan blogger yang baru berjinak agar mereka tidak tersalah langkah atau tersasar dari niat sebenar berblog ini. Akhir kata, saya berharap Kelab Blogger Ben Ashaari ini dapat memberi manfaat kepada semua rakan rakan blogger yang berada di dalamnya tanpa mengira status, darjat, pangkat dan paling penting niat bila bersama rakan rakan lain."

Terasa nak join, tapi tak tau macam mana..boleh baca di blog Ben Ashaari, di SINI Selalulah jenguk di Instagram, website sebab banyak info dan cerita yang akan dikongsi.  


hai assalammualaikum

Minyak Wangi Murah Di The Perfume Story - Pemakaian minyak wangi tidak kira lelaki atau perempuan merupakan salah satu cara untuk memberi keyakinan kepada diri, tampil bebas dan bergaya...dah kalau busuk sape yang nak dekat kan..jadi kite perlu sentiasa wangi dan ceria..ehhee.. Pemilihan minyak wangi yang betul dapat mengambarkan personaliti seseorang.. Tapi sekarang bukan manusia je nak wangi, rumah, kereta, dalam almari pun nak kene wangi juga. Hah sinilah jawapannyan.. The Perfume Story mempunyai pelbagai minyak wangi yang mempunyai bau-bauan yang menyenangkan.

Ade empat item minyak wangi yang berlainan bau yang nad terima.

1) Body Perfume for Men Inspired by 1 Million Paco Robanne


Ececeh.. encik abang kitaa..posing bergaya..anak gadis tengok pun meleleh..wakakaka... Minyak wangi ni khas untuk lelaki. Kadang-kadang kalau tersalah pilih minyak wangi, bau yang kuat akan menusukhidung, tapi tidak bagi minyak wangi Body Perfume For Men Inspired by 1 Million Paco Robanne ni, bauan nya sangat sedap..nad suka dengan bau die ni. Sekali sembur dekat suami,sekali tu nad nak rapat je dengan dia..haaha..sedapp bau die..serius..nad dah tak bersin bila bau minyak wangi ni.. botol die pun comel..nama botol pun dah glamer kau...hhahaa..Mau tak macam retis bila suami pakai..

2) Body Perfume For Women Inspired By Britney's Midnight Fantasy


Berfantasy sangat nak macam Britney spear..hahaha...kepoyoan di situ. Bau minyak wangi ni sangat lembut. Memang sesuai la dengan perempuan yang tak suka bau kuat dan ringan. Baunya like some fruity dan floral gitu. Yang paling bestnya, bau minyak wangi ni lembut je..dan tak memeningkan. 




Kalau sebelum ni nad nak bau lama-lama pun dah pening, tapi yang ni makin dekat makin sedap je..terus berfantasy..hehhee.. sesuai untuk semua golongan wanita dan boleh dipakai dari siang sampai ke malam. Macam nad pakai, nad pakai siang dalam pukul 4, sebab nak pergi ke satu event, then baunya sampai balik nak tido..hahaha..see..lena tidurku dengan bauan yang sedap ni..hhee

3) Air Freshener lavender




Hah ni la salah satu perfume yang nad letak dekat dalam kereta..Almaklumla lelaki nad kuat merokok, walaupun dia buka tingkap masamerokok tapi bau rokok tu still melekat dekat dalam kereta. Air Freshener lavender ni nad letak dalam kereta.tiada lagi bau asap rokok.. Bau lavender ni memang menyenangkan..kebanyakn orang memang suka bau lavender kan. Lavender merupakan bunga yang berwarna ungu yang mempunyai bauan yang lembut dan santai..Sekali aircond dibuka..sekali tu bauan die menular ke seluruh kereta..hehe

4) Air Freshener Sakura




Ni pertama kali gune minyak wangi Sakura..kenapa pilih sakura sebab tengok email nad..haha..terselit sakura tu..nak jugak bau sakura macam mana kann... Memang sedap bau die..memang sesuai untuk rumah ku ni.. Gantung je dekat mana-mana dah bau..

Cara menggunakan Air Freshener

Penutup kayu berfungsi menyerap minyak wangi dan menyebarkan bau di sekitar alam sekitar. Buka penutup kayu dan keluarkan penyumbat yang ade di dalam ( warna putih tu). Tutup balik penutup. Terbalikkan botol selama 2 saat sehinnga minyak wangi disemai sepenuhnya..senang je kannn

Terdapat 4 jenis wangian Body Perfume For Men & Women dan 22 jenis wangian untuk Air Freshener. Harga-harganya seperti berikut :-



Body Perfume 10ml - RM 15.00

Body Perfume 30ml - RM 30.00

Air Freshener 8ml - RM 10.00


Kelebihan The Perfume Story
- Botol yang kecil dan mudah di bawa kemana2
- Wangian yang lembut, tidak memeningkan dan tidak keras
- Air Freshener tahan sehingga sebulan 
- 100% berkualiti

ADE BERITA GEMBIRAAA!!! PROMOSI!! PROMOSI!! PROMOSI!!

- Promosi ini bermula 1 Oktober hingga 15 Oktober 2014
- Setiap pembelian 1 botol Body Perfume For Men & 1 botol Body Perfume For Women 30ml = RM 60.00  FREE 2 botol Air Freshener (boleh pilih jenis wangian dan exclude postage)

* jimat RM 20.00


Sesiapa yang berminat boleh layari:
Instagram/ Twitter : The Perfume Story
Contact/SMS/Whatssapp
011-32544510 ( Pejabat Urusan)
017-2049259 ( Bella)
018-3163846 ( Thaaqhib)
hai assalammualaikum

Pemenang Simple Giveaway Ecover - Banyaknya kerja..tak dan nak duduk lelama depan laptop. Kerja rumah nak kene buat, nak kene layan suami, nak uruskan bisnes madu..bila badan letih dah duduk sofa tup-tup terlentuk pulak..adehh..hah madu...hehee..yup nad sekarang buat bisness madu..tapi tak cerita lagi dekat blog..sabaq naa...hehee..

Hari ni sempat jugakla nad nak buat pengumuman pemenang Simple Giveaway yang nad buat tu. Terima Kasih Ecover sebab sudi memberi produk ini secara percuma kepada pembaca nad. Sape yang tak join memang rugi sebab sabun ni memang wangi dan berkesan menghilangkan kotoran pada pakaian. Baunya pun wangiiiii....hheehe..

Bukan senang nak memilih pemenang yang terbaik, nad terpaksa pilih tiga orang sahaja sebab itu syarat die..hehe.. Semua bagi pendapat yang baik dan setelah meneliti pendapat korang berkenaan betapa pentingnya kebersihan kepada anda dan keluarga, tiga orang dengan pendapat yang baik telah dipilih..Siapakhhhh..???..jeng ..jeng..jeng


MAWAR BERDURI


YANA SAKURA


IOLA


Tahniah kepada pemenang!!!! clap clap clap


Nad akan emel korang untuk mintak butiran -butiran peribadi dan akan emelkan ke pihak ECOVER untuk urusan pengeposan hadiah.


Kepada yang tidak berjaya jangan susah hati. InsyaAllah ada rezeki korang untuk GA yang lain nanti..mana tau Ecover nak bagi free lagi nanti ke..mana la tau kan..:) TERIMA KASIH ECOVER
hai assalammualaiku

CPUV Nuffnang : RMK Autumn Winter 2014 Collection & RWG - Ice age adventure - ohuiiiii....arini ingat nak buat entry yang tersadaiii tapi tetiba mood tu larii..uhuiii...dah die nak larinad kejar balikk...sambil amik earphone, buka laptop, buka youtube, pasang lagu kuat-kuat..yess..mood datang balik..sebab dulu nad buat macam ni la masa study..hahaha...lama giler tak buat..hahaa..seklali modd datang tengok la nuffnang sekejap..alhamdulillah..ade dua CPUV melekat..terima kasih nuffnang...Terima kasih juga kepada pihak pengiklan yang sudi memilih blog nad untuk beriklan.

RMK Autumn Winter 2014 Collection


Tengok gambar mesti dah tau kan... RMK Autumn Winter 2014 Collection ialah barang mekap.. Khas untuk wanita yang suka bermakeup,..hehee.. nak tau lebih lanjut boleh tengok SINI.


RWG - Ice Age Adventure


 Resorts World Genting dengan bangganya mempersembahkan Ice Age Adventure ini September 2014!.. Boleh lihat dengan lebih lanjut di Facebook : Resort World Genting
  

Manny, Ellie, Sid, Diego Scrat dan akan membawa anda pada pengembaraan ICE-traordinary yang mempunyai banyak permainan yang sesuai untuk kanak-kanak. Korang juga boleh amik gambar..jangan lepaskan peluang.. nak tau lebih lanjut boleh ke SINI



hai assalammualaikum

Running Man Best Ke? - Nad ni memang tak pernah la layan cerita korea..tak tau kenapa tak suka tengok korea. Entah sebab tengok cerita macam banyak sedih je..kalau ade yang kelakar, best mesti nad tengok tapi memandangkan tak penah amik tau, jadi satu cerita korea tak layan..hahaha..ade satu citer " Winter Sonata"..yang anak sebenar ditukar tu..tahun berapa ntah..tu pun sekejap layan sekejap tak..hehee..sekarang baru nad layan korea sebab ape?..sebab Running Man je....haaha...

Mula-mula pelik jugak, semua dok tanya pasal running man..ntah cerita mende ntah tu. disebabkan kite tak tengok, kite pun senyap jela..hahaha..sampaila satu hari, satu hari tu bulan lepas ok..hahaa..bila kakak ipar nad tengok running man dekat astro..channel berapa tak tau..hahaa..yela tengok je..sekali tengok aku dah tergelakk..haahha..kelakr siot..sebab ape kelakar..nad tengok time diaorang blur, cara diaorang berfikir, cara diaorang bercakap dengan mulut muncung..gelagat diaorang..hahaa..memang kelakar..masa tu la rasa nak tengok lagi running man..tapi tak tau cahnnel berapa..


Sampaila hari ni ..19.9.2014 nad whatssup member tanya running man channel berapa...hahaa..akhirnya harini nad layan Running Man..memang best..rasa rugi tak tengok dari awal..haahhaa...Dasyat permainan diaorang main..tapi happening...Running Man ni macam game show..Running Man adalah sebuah variety show korea yang mengusung konsep fun games, sama ada out-door dan in-door tergantung tema setiap episode.. dibuat di tempat-tempat yang berlainan dan menarik..hari ni nad tengok diaorang buat dekat taman permainan..pergh leh tahan jugaklaa..

haahha..lepas ni memang konfirmla layan lagi Running Man ni...sebab MEMANG BEST!! gelak terbahak-bahak.
hai assalammualaikum

Pakaian Kanak-kanak Rock Star Collection - Nad ni suka tengok baju kanak-kanak..sapa suka tengok jugak angkat kaki!!!..hehee...comel je kan bila tengok baju budak-budak ni. Kalau nampak mesti rasa nak beli..rasa geram je..itu nak beli..ini nak beli..hehe..dasyat ko. Kalau nad ada rezeki dapat anak nanti mesti kami berdua seronok je nak beli pakaian budak-budak ni, lagi-lagi suami jejaka mafia,isteri mrsrockers...ahhahahaa...anak-anak mesti carikan pakaian yang simple, tak panas , selesa dan yang paling penting ROCCKKKK!!!...hahaaa..






Hah dekat sini la tempatnya yang paling bagus nak cari pakaian ROCK STAR untuk kanak-kanak. SARAHH.ALI S & KIDS.. menyediakan pakaian tshirt ROCK STAR untuk kanak-kanak nampak lebih ranggi dan rock. T-shirt ni diperbuat daripada cotton, selesa dan berkualiti. Baju ni sesuai digunakan untuk berjalan atau pergi ke mana sahaja. 






Selain itu, SARAHH.ALI S & KIDS juga menjual jegging dan dress untuk kanak-kanak. Baju kanak-kanak sesuai untuk mereka yang berumur 12 bulan - 7 tahun bergantung pada saiz badan budak tersebut. Harganya pun berpatutan...terbaikkkk nad cakap..hehehe..bagi yang dah ade anak boleh beli baju ni untuk anak, bagi yang belum ade..boleh beli untUk anak saudara, anak kawan atau sepupu..hehehe..




Apa tunggu lagi..jom usya pakaian kanak-kanak Rock Star Collection ni di
email: sarah.hashimali@gmail.com