HINDARI SIFAT MUNAFIK

in , by Nadia Johari, 23:22:00
hai assalammualaikum

Hindari Sifat Munafik - Sebagai seorang manusia kita tidak boleh menghukum seseorang yang melibatkan hati atau niat seseorang. Hanya Allah yang berhak menilai kerana Dia Maha Mengetahui atas setiap perkara yang dilakukan oleh hambaNya. Sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada melakukan dosa tanpa kita sedar sama ada dari segi percakapan atau perbuatan. Munafik ialah mereka yang berpura-pura tunduk dan mengikut ajaran Islam dan hakikatnya mereka tidak mengakui adanya Islam.

Surah As-Soff ayat 2 & 3
" Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak akan dikerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan "


Jenis Munafik yang dibenci Allah:
1) Munafik I'tiqad ( munafik dengan kepercayaan hati )
- Sesetengah manusia yang percaya adanya Allah, adanya syurga dan neraka tetapi hakikatnya kepercayaannya hanya luaran. Manusis ini masih ragu-ragu lagi dengan Islam.

2) Munafik Amali ( munafik dengan perbuatan)
- Sesetengah manusia yang mengajak orang lain beribadah tetapi dia sendiri tidak melakukannya.

Tanda orang munafik itu ada tiga, apabila berkata dia berdusta, apabila berjanji dia mungkar dan apabila diberi amanah dia khianat. 

Sebut pasal berjanji. Seseorang yang suka berkata tetapi sebenarnya menipu. Semestinya kita tidak sukai orang yang memungkiri janji. Cakap berkobar-kobar, janji macam-macam tetapi satu pun tidak ditunaikan. Sangatlah dibenci bila kita yang telah mengharap benda itu akan berlaku tetapi jadi lainnya. Sifat manusia yang diberi amanh atau tanggungjawab untuk mengalas sesuatu tetapi telah disalah guna. Amanah bukan sahaja kepada masyarakat malah kepada Allah dan Rasulnya.

Sebagai seorang muslim, kita mestilah nak jauhi benda-benda macam ini. Oleh itu setiap hari kita perlulah muhasabah diri. Sentiasa mengingati perbuatan kita, tindakan kita, dan setiap perkara kita lakukan seharian supaya kita akan selalu beringat sebelum melakukan sesuatu. Sentiasa mengingati Allah supaya kita tidak terjerumus dalam golongan munafik.

Sebagai saudara muslim yang prihatin, nasihatila mereka yang tergolong dalam munafik ini. Peranan orang sekeliling dengan nasihat yang diberi pasti akan menyedarkan orang yang berkenaan. Marilah kita sama-sama  menjauhkan diri daripada sifat tercela. Amin.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Ya Allah , jauhkan aku dari sifat2 munafik itu. :"

    ReplyDelete
  2. Hurmmm, semoga kita terhindar dari sifat sifat munafik tu... Semoga Allah sentiasa bagi pertunjuk pd kita

    ReplyDelete
  3. muhasabah diri baca entri ni, moga dijauhkan sifat sedemikian..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2