PELBAGAI AKSI POSISI TIDUR

in , by Nadia Johari, 23:40:00
hai assalammualaikum

Pelbagai Aksi posisi Tidur - Tahun 2014 ku lalui seperti biasa, pergi kerja, balik kerja. Bila balik rumah je mesti nak kan sesuatu yang boleh menghilangkan tekanan dalam kepala. Balik rumah mak mesti cari anak buah. Jalan-jalan petang ambil udara yang segar sambil memikirkan hari tersebut dan hidup udara lagi. Bila masuk rumah je perkara kedua aku cari ialah kucing kesayangan aku Si Molly. Dalam rumah bukan hanya ada Molly je tapi ade Putih. Putih aku jarang cerita sebab sebelum ni dia takda apa-apa yang special tetapi sejak kebelakangan ni, Si Putih makin manja dan macam-macam ragam dia buat. Tapi paling aku suka die bila die tido..haha..Kucing kan ade macam-macam gaya tido..meh ler tengok gaya mereka..

Ni gaya macam orang..terkangkang kepala landing baik punya. sedap je die tido sampai tak perasan kita amik gambar die. Si Putih ni suka tidur kat bilik sembahyang. Tapi gamabr ni die tidur dalam bilik mak nad. Tak sempat amik gambar time die kat bilik sembahyang. Sejuk je kot dalam bilik sembahyang tu.

hah yang ni gaya spiderman. Mimpi nak terbang ke Molly oii atau nak bergimnastik...hitam je..muka ntah ke mana..hahahha...

Dua ekor ni kejenya tido kalau dah kenyang. Sebab nad ada tanya mak, mak diaorang ni dah makan ke, mak cakap dah sebab tu terbongkang macam tu..hahhaa..kucing oh kucing..tu la koje deme...sabo jela..nasib semua sayang kat hangpa berdua..duk kat kampung ni hangpa leh buat apa saje..Nasib dua ekor ni pandai berak kat luar, yela tanah banyak kat luar..bolehla depa dok korek-korek mana depa nak buang..haha..Lapar je masuk rumah mengiyau nak makan..time makan dua kali sehari..siang dan malam..makan makanan kampung je, ikan rebus atau ikan goreng digaul dengan nasi. Memang berebut ler..tengok depa tidur aku pun macam dah ngantuk je..haha..
SHARE 5 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2