HERO SI KUDUNG TELAH TIADA

in , , by Nadia Johari, 10:54:00
hai assalammualaikum

Seekor kucing bernama Hero telah berjaya menambat hati ramai rakyat Malaysia. Kucing istimewa ini hanya berkaki dua setelah dianiaya kejam dan dipotong kakinya kerana dipercayai mencuri ikan di sebuah restoran. Selepas kaki kucing itu dipotong, ia dibiarkan menderita kesakitan di tepi kaki lima. Korang boleh bayangkan betapa menderita dan sakitnya kucing itu. Kucing ini bernasib baik kerana ditemukan Allah oleh orang yang berhati mulia bernama Hairey. Hairey la yang menyelamatkan kucing tersebut dan merawatnya hingga sembuh..

Pagi ni nad tengok rancangan Nasi Lemak Kopi-O di TV9..tiba-tiba keluar insan berhati mulia ni bernama Hairey menangis kerana kucing kesayanganya telah pergi..Rupanya kucing tersebut adalah kucing yang kakinya dipotong kerana mencuri ikan..Bila tengok Hairey bercerita, nad pun terus tersentuh hati. Kucing itu diberi nama Hero oleh Hairey..Hairey telah menjaga kucing itu sebaik mungkin. Hero telah pergi buat selama-lamanya..Hero sangat tabah menghadapi liku-liku hidupnya..Hairey menceritakan pabila dia hendak pergi kerja dia cakap dengan Hero "abah pergi kerja, tolong doakan abah, terus Hero jilat muka Hairey"..Hero memahami kata-kata Hairey..Nad tau Hero sangat berterima kasih kepada Hairey kerana mahu mengambil dan menjaga dia..

Nad harap keluarga Hairey tabah dengan pemergian Hero..Hero tetap menjadi kenangan.. Allah akan membalas jasa Hairey kerana menjaga Hero dan menggantikan dengan Hero lain.. Nad harap tiada lagi kekejaman terhadap binatang..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang Dr Fuh kasihi sekalian. Mesti ada diantara pembaca yang pernah dengar tentang kisah kucing kudung bernama hero yang dipotong kakinya dengan kejam suatu ketika dahulu kan? - See more at: http://fuh.my/hero-kucing-yang-kudung-dipotong-kaki-dengan-kejam-telah-mati/#sthash.wGUbbP7S.dpuf

SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2