Peringkat-Peringkat Mengambil LesenSelang beberapa kilang dari tempat nad kerja ada sekolah memandu. Bila tengok sekolah memandu tu teringat masa nad ambik lesen dulu..cuak, takut semua ada la..lagi-lagi bila nampak test JPJ..hohoo..biasalah siapa yang tak excited bila dah ada lesen P..boleh bawak kenderaan kemana sahaja tanpa rasa gerun bila adanyer pak polisi..(matlamat utama amik lesen..heehhe).

Nad ambil lesen lepas habis belajar sekolah. Masa tu ayah la tolong bayarkan..hahaha. Dah ada peluang ni baik kita grab la kan, yela bila lagi nak buat lesen. Memang elok buat lepas habis sekolah. Senang nanti terus boleh bawak kenderaan.




Peringkat-Peringkat Mengambil Lesen


Bukan senang nak dapat lesen P tau. Kene lalui beberapa peringkat, bayarannya plak boleh tahan. Ayah nad suruh ambil lesen lepas SPM, tapi disebabkan nad yang belum sangat berani nak bawak kereta, nad pendamkan dulu. Then, masa masuk universiti kawan-kawan semua dah mula ambil lesen, jadi nad decide masa cuti panjang sem 7 nad nak ambil lesen. 

Pembayaran dibuat oleh ayah nad..hehee..(masa tu belum ada duit lagi..ayah nak sponsor)..Nad amik lesen motor dengan kereta. senang..

Setiap kali nak pergi mesti berdebar..haha..yela sebab nad pergi sorang-sorang..Tempat belajar moto dengan kereta berlainan. Belajar moto dekat Meru, kereta pulak dekat Shah Alam..sebab orang yang ngajar nad tu ialah kawan ayah. Orang tu pulak duduk Shah Alam. Jadi kenalah ke Shah Alam.

Ini merupakan peringkat-peringkat yang perlu dilalui semasa nak mengambil lesen. 

  

Kursus KPP


Cuak tak cuak nad ken pergi gak..Kalau tak sampai bila-bila nad takda lesen. Pertama sekali sampai dekat sekolah memandu semestinya kene daftar dahulu. Dah selesai segala dokumen yang dia nak, masuk la ke kelas yang telah disediakan.Inila yang dinamakan kursus KPP. Kelas ni la yang tersangatla boringnya. 

Dahla 5 jam, dengar orang tu bercakap. Mata pun makin lama makin mengantuk. Kadang-kadang curi-curi tido..hahhaha.. Tapi sekali ade orang tu buka pasal kemalangan terbeliak biji mata, tapi buat-buat tak tengok. Nad memang tak boleh tengok benda ni semua, sebab nad akan nervous bila nad bawak moto nanti. Bila terbayang takut jadi macam tu. Lagi-lagi banyak kemalangan motor sekarang ni. Dahla nad pergi kerja naik moto.. Ya Allah selamatkan aq setiap hari pergi dan balik kerja.

Ujian Teori Berkomputer


Setelah menduduki Kursus KPP, anda perlu membuat ujian teori berkomputer. Segala urusan nad dibuat oleh Pakcik yang ngajar nad bawak kereta. MAsa tu pun nad cuti, so nad amik masa berderet, cepat habis dan cepat dapat lesen..haha. Nad banyak buat latihan dekat buku yang diberikan. Akak nad cakap majoriti keluar soalan dekat buku tu. 

Perlu diingatkan, sebelum menjawab ujian tersebut, anda dikehendaki membuat ujian buta warna, ujian huruf, nombor dan warna dekat komputer tu jugak. Selepas itu baru keluar soalan berkenaan undang-undang jalan raya.  

Staf di pusat ujian tersebut akan mengambil gambar anda dan anda dikenakan caj RM10. Markah minimum  atau lulus yang perlu anda perolehi adalah 42/50. Masa ni nad jantung degup laju, yela pikir tak lulus la, kene amik balik. Macam mana nak gune komputer ni, semuanyer blank masa ni..hahha..Alhamdulillah. nad lulus dapat 45/50..okla tu. Kalu tak lulus kene ulang balik ler.

Kursus PRA-L (6 jam)

Selepas dah lulus Ujian komputer tu, pada hari lain pula nad kene buat Kursus PRA-L (6 jam) untuk mendapatkan Lesen L. Macam nad, amik dua-dua lesen iaitu kereta dan moto. Jadi nad amik kursus PRA-L untuk moto dulu. Hari lain pulak untuk kereta. Penat weii.

Tapi disebabkan nak lesen ku gigihkan jua. Masa ni belajar la isyarat semasa memandu, belajar beramai-ramai dengan orang lain. Takdela malu sangat kan. Dah biasa bawak moto, so bawak jela macam biasa. 

Belajar signal la, brake, angkat tangan. hehe.. Tapi yang menakutkan bila bawak kereta. Cuba bayangkan nad tak pernah langsung bawak kereta sekali bawak nah kau macam kuda..haha..mati saje. Dahla nad amik dekat Shah Alam, banyak roundabout plak tu. Kenderaan takyah cakap la..banyak oo..

Lesen Belajar Memandu 


Disebabkan kegigihan nad..akhirnya dapat gak Lesen L..hhaha..bangga jap. 
Lesen Belajar Memandu (LDL) akan diperolehi 3 hari bekerja ke seminggu. Lesen L hanya sorang je
boleh memandu. Kau tak boleh bawak penumpang. Kalau kau bawak memang kene saman la. Cari
nahas namanyer. So takkan korang nak sampai lesen L je kot. Mana seronok kan.


 


Latihan Praktikal 8 Jam 


Selepas tu, kalau nak teruskan ke lesen P, korang kene lalui Latihan Praktikal 8 jamLatihan praktikal
ini belajar dengan lebih mendalam lagi. Kalau moto kene belajar naik titi. Masa ni nad mula-mula cuak
jugak, takut terjatuh kan, tapi selepas diajar dengan cik alhamdulillah boleh. 

Pastu dengan tongkat dua. haha.. Perempuan kalau tongkat dua memang tak lepas tapi kalau masa nak
amik lesen tenaga diaorang akan bertambah dan akan berjaya membuat tongkat dua..hahaha...tapi dah
habis mesti lupa macam mana caranya.Entahla..hahaha.

Kalau latihan untuk kereta masa ni keluar jalan raya, belajar naik bukit, parking dan 3 penjuru. Kalau
ada orang sebelah memang semua boleh buat. Kalau kau sorang-sorang memang semua kau
lupa..hahha..nad cakap dekat diri sendiri.

Ujian Pra-JPJ


Latihan Praktikal akan ditambah 2 jam untuk Ujian Pra- JPJ. Sebelum ujian bersama JPJ kita akan
buat ujian pra bersama dengan tenaga pengajar. Yela tenaga pengajar taknak bagi korang gagal. Kalau
boleh nak semua bagi lulus. So sebelum berdepan dengan JPJ yang sebenar better buat dulu bagi ingat.

Dah ingat senang. Tapi masa ni tenaga pengajar lain yang cek, dia akan cek jugak lulus ke tak. Kalau
tak lulus kau takleh buat JPJ lagi. NAsib Nad lepas. KAlau moto memang takde hal la, kereta yang
problemnya sebab first time bawak. Tapi ok lepas..hehe..tapi ada kisah sedih..hohoh

Ujian JPJ Praktikal


Inilah benda yang ditunggu-tunggu oleh student iaitu Ujian JPJ Praktikal. Kita perlu berdepan dengan
JPJ. Bersemangat, takut semua ada. JPJ jangan dibuat main-main. Muka dahla garang. Masa nad ambik
Lesen ni bulan puasa. Cuba bayangkan panasnyer, dahaganya, macam nak pitam rasanya. Nak taknak
kene tahan jela. Masa ujian dengan JPJ korang akan dipanggil mengikut giliran. 

Memang tak senang duduk kau. Lagi berdegup bila nombor kau dipanggil. Dahla semua orang tengok
kau bawak. Kalau moto kene tongkat dua, cek lampu, signal. dan palig menggerunkan naik titi. Jatuh je
kau terus gagal. Selepas itu buat brake emergency. Alhamdulillah moto nad lepas. 

Yang sedihnyer masa bawak kereta. Masa keluar jalan raya nad lepas, masa tu JPJ duduk sebelah nad
perempuan. Mak haiihh muka garang, puasa plak tu masa tu. Masa nad bawak, masa tu dah nak balik
ke sekolah memandu, nad lupa roundabout no berapa, adeh, nasib baik JPJ tu bagitau, pastu nad hampir
terlanggar kereta orang, nasib die cepat-cepat tekan brake. 

Dalam hati adoii macam mana ni..doa dalam hati. Alhamdulillah nad lulus jalan raya. Mayb masa tu
puasa dia baik sikit..hohoho..tapi sedihnya nad gagal masa dekat bukit..huaaa..boleh mengundur..sadis.
Dah kalau gagal situ takleh buat parking dengan 3 penjuru.=(..apakan daya kene repeat balik. dah kene
bayar balik. takpela. 

Akhirnya Nad repeat dan nad lepas ketiga-tiga ujian tu..yeahh..alhamdulillah.



Lesen Memandu Percubaan P


Akhir sekali benda yang ditungu-tunggu setelah bersusah payah mengharunginyer. Lesen Memandu Percubaan P dah ada ditangan. Lesen P akan siap dalam masa 1 ke 3 hari berkerja. dah boleh memandu di jalanraya dengan memiliki lesen yang sah dan patuhilah undang-undang di jalanraya. 

Semoga anda sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. huhu..Seronok habis sebab dah boleh keluar sana sini. Tapi sedih takdok kereta. Haritu pakai kereta ayah habis tersagat dekat dinding. Terus takut nak guna kereta ayah..hohoho..

Nak kereta auto ler..senang sikit. Tapi duit takdok..hohoho

Lesen nad dah full..nanti nad buat entry pasal lesen full ni plak..=)
SHARE 13 comments

Add your comment

  1. kan, first time pegang stereng, cuak.. and rasa macam kaki tak pijak tanah time nak lepas klash.. hehe.. shad tgh blajar lagi.. baru cukup 3-4 jam.. hehe

    ReplyDelete
  2. teringat time ambik lesen dulu.. mmg nebesss tak hengat hehe

    ReplyDelete
  3. shhh.. sam 2 kali repeat test parking.. shhhhh... hahahah

    ReplyDelete
  4. lyeen bru nk plan ambik hujung thun ni sbb tahun dpn dah nk g praktikum...:) alamak..mcm susah je..mcm susah je..

    ReplyDelete
  5. ena dah lepas semua ni... skrg dok renew lesen full je.. susah gak dlu ambil lesen tapi best sbb segala usaha kita tu dibalas dengan kejayaan... hikhik

    ReplyDelete
  6. pengalaman buat lesen adalah pengalaman air mata buat muja,, mmg muja taknak ingat dah. kena tipu la ape,, sobs :'(

    ReplyDelete
  7. Senangnya hati dah ada lesen p..huhu... harap kita akan lulus jg.. :)

    ReplyDelete
  8. Brapa lama buat lesen ye? Dlm sebulan hingga dua ada tak? Huhu

    ReplyDelete
  9. Seram pulak nak mgharungi Lesen L nt hehe

    ReplyDelete
  10. berapa lama anggaran ambik lesen b2 sampai x sebulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak tak ingat la..tengok kita punya prestasi la kot

      Delete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2