JEP JUARA FINAL SUPER SPONTAN 2013

in , by Nadia Johari, 02:00:00
hai assalammualaikum..

Jep Juara Final Super Spontan 2013 - Lamanya la nad tak menaip ni ha..arini baru dapat menaip satu entry..kesibukan kerja semenjak tukar ke tempat baru ni memang tak dan langsung nak on blog..sob..sob..teringat dulu sebelum bekerja, boleh buat entry banyak, boleh blogwalking, setiap malam tido lewat, jadi burung hantu..sekarang ni, sikit-sikit je. Takpela ada komitmen lain kene buat. Yang sedihnyer banyak event blogger nad tertinggal, dulu masa tak keje tak datang plak event-event ni..hohoho..takpe nad orang cakap bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..ececehh..hehe..ok ape aku membebel ni..dah-dah..teruskan entry kau yang sebenarnya ok..

Super Spontan merupakan rancangan lawak yang dibuat secara spontan. Lawak yang dilakukan perlulah mengikut tugas yang telah disediakan. Sebelum ini permainan dimainkan oleh dua kumpulan iaitu Ketam kompius dan Semut Sentap. Bagi pusingan akhir, undian tidak lagi mengikut kumpulan tetapi secara individu.Super Spontan 2013 akhir bersiaran secara langsung (live) di Dewan Kenangan MPSP, Sungai Petani pada Jumaat 1 November 2013. 

 Debaran semakin memuncak di pentas akhir Super Spontan 2013  dan kian terasa dimana ia menyaksikan pertembungan enam peserta yang cukup hebat iaitu Jep, Johan, Yus, Nabil, Tauke dan Rahim bersaing merebut gelaran “Raja Super Spontan 2013″. Pusingan akhir ini terdapat enam permainan iaitu beku, menari, barang yang diberi (boleh buat apa barang tu), maju mundur, salah perkataan dan lupa plak lagi satu..hahaha..Part yang paling kelakar masa segmen Maju Undur. Segmen ni Pak Yus tak sabar nak masuk, tapi tak masuk-masuk, sekali dah masuk Afdlin mainkan dia..hahhaa..marah dia..hahhaa..kelakar-kelakar..

Ramai mengatakan Jep Sepahtu akan dinobatkan sebagai juara untuk Super Spontan 2013 pada peringkat akhir. Tengok undian pun dah tau..haha..lagipun Jep memang lawak, dan selamba je dia cakap..Johan pun ok..dua-dua ni memang terbaik..Pak yus pun memang kelakar..haha..tak sudah-sudah marah..

Apabila diumumkan Juara Super Spontan 2013 peringkat akhir Jep Sepahtu telah dinobatkan sebagai pemenang dan memenangi wang tunai sebanyak RM 100,00, kereta dan trofi.

Naib Juara pula diraih oleh Johan memenangi hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi manakala Nabil di tempat ketiga mendapat hadiah wang tunai RM25,000 dan trofi

 Tempat keempat, Yus, kelima Rahim dan Keenam Tauke, masing-masing membawa pulang hadiah saguhati wang tunai bernilai RM5,000.

Tahniah kepada semua..menang kalah semua dapat duit..hahhaa..RM 5000 pun dah cukup banyak bagi orang yang berjimat macam nad ni...hehehhe...huntunglaaa..


SHARE 1 comment

Add your comment

  1. tak minat sangat tapi sebab adik2 minat so tertengok jugak,, untng la kalah pun dapat hadiah,, perghhh

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2