hai assalammualaikum

Awal Muharram merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam pada masa dahulu yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Umat Islam pada ketika itu telah berubah daripada umat yang ditindas kepada umat yang kuat dan gagah. Makanya umat islam telah bebas bergerak menyampaikan dan mengembangkan dakwah islam ke mana sahaja. Kita harus merenung kembali, apakah rahsia yang menyebabkan kejayaan kegemilang perjuangan Rasulullah s.a.w. setelah berhijrah ke madinah? Baginda s.a.w. telah membangunkan aqidah dan akhlak, membasmi kegelapan syirik dan kufur,  akhlak buruk ditukar kepada akhlak yang baik dan mulia, dan memperkenalkan yang Ma'ruf untuk menggantikan yang mungkar (buruk dan keji) yang selama ini mencengkam kehidupan masyarakat serta kezaliman dan penindasan diganti dengan keadilan, persaudaraan dan kasih sayang. 


Hijrah pada zaman ini haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Ayat yang sering dugunakan  "Hari ini adalah lebih baik dari semalam... Hari esok lebih baik dari hari nie dan Hari-hari seterusnya lebih baik dari Hari-hari sebelumnya...." adakah masyarakat memahami sedalam-dalamnya maksud ayat ini? Manusia sering kali berazam untuk melakukan sesuatu yang lebih baik namun kadangkala semua itu hanya perkataan semata-mata. Tahun baru dalam Islam bukanlah sambutan perayaan atau simbolik semata-mata, tetapi membawa maksud yang lebih mendalam.

 Kemunduran berpunca daripada sempitnya akal fikiran, ketidaksanggupan manusia untuk berubah, kejahilan serta sikap tamak dan rakus yang natijahnya memakan diri dan masyarakat. Seperti terdapat lagi kes-kes pembunuhan, pembuangan bayi dan bermacam-macam lagi.Tahun baru adalah detik untuk setiap individu melakukan penilaian diri melalui proses muhasabah agar menjadi individu yang lebih baik.

Hijrah sepatutnya membawa perubahan dalam hidup ke arah yang lebih baik, sempurna dan diredai Allah, di mana hasilnya ialah kemenangan kita dalam mempertahankan akidah, agama, cara hidup dan nilai yang kita amalkan. Pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas dan penuh yakin pasti akan membuahkan hasil terbaik

SALAM MAAL HIJRAH






Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. Salam awal muharram kak nadia... semoga kita berhijrah ke arah yg lebih baik.. insyaAllah

    ReplyDelete
  2. Kpd yg selama nih buat azam baru menjelang Tahun Baru Masihi bleh la berhijrah. Kita tanam azam baru ikut kalendar hijrah pula.

    ReplyDelete
  3. Salam thun baru Maal Hijrah...semoga kita semua beroleh keberkatan di tahun baru islam...perelokkan amalan, perindahkan segala suruhan...

    ReplyDelete
  4. sorry lambat nad. salaam maal hijrah. rasa bersalah lak bila lebih alert dengan kalendar mat saleh banding ngan kalendar Islam. moga tahun baru buat kita jadi lebih baik. amiin

    ReplyDelete