hai assalammualaikum

nad tau semua orang pasti inginkan sesuatu kejutan yang boleh membuatkan hati mereka menangis, terharu dan menjadikan sesuatu kejutan tu sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan tidak kira sama ada kejutan untuk meminang si dia, atau kejutan semasa harijadinya. Jika seseorang itu ingin membuat sesuatu kejutan, orang itu perlulah pandai berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku, namun kadangkala kejutan tidak terjadi disebabkan ada yang terlepas cakap atau tidak pandai menyembunyikannya. Hah benda ni la yang terjadi dekat nad semasa birthday nad dan bila nad inginkan kejutan tapi tak dapat-dapat..sob..sob..ni plak terjadi dekat dalam keluarga nad..hahaa..



minggu lepas merupakan birthday kakak ipar nad..pada 7 october. Demi bro tersayang yang dah buat perancangan sebaik mungkin kitaorang adik-beradik turutkan. Perancangan abang nad die bawak family dia keluar makan, then balik rumah kitaorang satu family buat kejutan dekat isteri dia. Disebabkan masa tu kitaorang asyik sms dan call abang je..isteri dia dah mula syak dah..hahhaa..tapi kitaorang yang dekat rumah ni setia menunggu kepulangan mereka..kitaorang plak yang excited nak sambut..hahhaa..setiap kali dengar kereta je siap-siap depan pintu tapi asyik tersalah je bukan kereta abang.. tapi kali ni betul kereta abang..kitaorang standby tapi birthday girl tak masuk-masuk..pelik plak setau kitaorang kak lina la paling awal masuk rumah..haishh..takpela tengok jele video ni..abaikan suara bising tu..



dan harini 12 october merupakan birthday abang aku..see suami isteri sama bulan..dan malam ni kitaorang buat barbeque..yang ni nad tak tau sapa punyer plan. nad balik je dengar-dengar diaorang nak buat berbeque. Tukang makan nad la..hahaha..dan malam ni akak ipar pulak cuba nak buat kejutan..tapi tak jadi jugak sebab abang dah syak..pelik malam-malam isterinya cakap nak bersenam..wakakkaa..padahal nak amik kek dekat rumah cousin ni..








SHARE 2 comments

Add your comment

  1. ALAMAK.. salu jadi gini,, buat kejutan kurang menjadi,, ekeke

    ReplyDelete
  2. tak pernah buat kejutan lagi sebab excited nak celebrate hehe...

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2