APA YANG LELAKI INGINKAN

in , by Nadia Johari, 19:28:00
hai assalammualaikum..

selalunyer perempuan pasti nak lelaki tahu apa yang perempuan inginkan dalam sesuatu hubungan..selalu ada je di share dekat facebook..tag nama lelaki yang disayangi..namun adakah perempuan tahu apa yang lelaki inginkan dalam sesuatu hubungan..wahai perempuan semua jangan terlalu pentingkan diri sendiri dan jangan asyik nak pikir pasal diri kita je.kalau nak hubungan itu berkekalan kenela amik tahu juga apa yang lelaki inginkan...=)..Nad pun cube untuk memahami hati dia..sebab lelaki ni suka pendam..jarang nak bagitau apa dia nak..so pandai-pandai perempuan tu amik tau sendiri melalui cara percakapan dan perbuatan.

Perempuan di luar sana sila amik take note..=)..



1)Lelaki inginkan perempuan yang bersikap matang
Matang disini bermaksud perempuan yang mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran. Lelaki menginginkan perempuan yang berfikiran terbuka dan tidak keanak-anakan. Lelaki mahukan pasangan mereka supaya berfikir dengan bijak dalam membina hubungan yang baik dan mempu mengawal emosi dengan elok. Kadang-kadang perempuan ni mana kita tau kan datang kegedikan dia..keanak-anakan die bukanlah disebabkan tak matang, namun sifat die nak menjaga hati lelaki.

2) Lelaki inginkan perempuan bercakap dengan lemah lembut
Sikap yang lemah lembut dalam diri wanita akan membuatkan lelaki lebih selesa dan ini akan menguatkan ikatan dalam perhubungan. Perempuan yang mempunyai sikap lemah lembut mampu memiliki akhlak yang mulia dan mampu menahan diri ketika marah. Lelaki semestinyer tidak menyukai perempuan yang bercakap terlalu kasar lagi-lagi ketika bergaduh. Perbualan yang baik mampu mempertahankan hubungan dan kemungkinan jarangnya pergaduhan. Perempuan kalau dah marah semestinyer seminggu tak kan berhenti namun bagi mereka yang mempunyai sikap lemah lembut sentiasa berfikir dan mempertimbangkan baik buruknya suatu perkara sebelum bertindak. 

3) Lelaki ingin disayangi
Bagi lelaki, disayangi dan dicintai merupakan sesuatu yang sangat berharga bagi dia. Lelaki memang terkenal dengan egonya, namun bila mereka mempunyai perempuan yang disayangi, egonya akan kurang dan akan berubah kepada yang sangat romantik. Kepada perempuan selalulah menyanyangi lelaki anda..hehe

4) Lelaki inginkan kejujuran dalam perhubungan
Sesetengah perempuan percaya lelaki sukakan pasangan yang boleh mengikuti apa sahaja kehendak tanpa bantahan dan  tidak mempunyai hak untuk menyatakan pendapat. Sebenarnya,lelaki mengutamakan kejujuran dalam berkomunikasi. Mereka mahu perempuan memberi jawapan,pendapat dan informasi dengan jujur dan bukannya mengikut sahaja segala percakapan mereka. Lelaki juga mahu pasangan mereka menyatakan kehendak dengan penuh keyakinan dalam membincangkan sesuatu topik.

 

5) Lelaki  inginkan perempuan yang boleh memberi sokongan kepadanya
Bukan sahaja wanita yang ingin dipuji dan disokong malah lelaki pun menginginkan pujian daripada perempuan. Mereka memerlukan sokongan pasangan dalam segala tindakan dan menunjukkan mereka layak untuk dicintai dan dihargai. Bagi lelaki perempuan yang disayangi merupakan inspirasi kepadanya. Justeru itu sokongan amat diperlukan untuk lelaki meneruskan hidupnya dan kerjayanya demi perempuan yang dicintai. Wahai perempuan belajarlah untuk menyatakan sokongan dan kritikan anda dengan cara paling halus terhadap pasangan.

6) Lelaki tidak suka ingat perkara negatif
Perempuan sering menyatakan dan mengungkit perkara negatif selalu simpan tetapi bagi lelaki pula sebaliknya. Lelaki tidak suka megungkit perkara negatif yang telah berlaku. Mereka lebih memilih untuk lupakan apa yang telah terjadi dan teruskan kehidupan seperti biasa. Bagi lelaki untuk menjaga sesuatu hubungan benda yang lepas biarkan lepas. Tapi jangan sesekali perempuan mengambil kesempatan atas sifat positif macam ni. 

7) Lelaki suka dirinya dihargai 
Ada ke manusia di dunia ni tak suka dihargai?  Lelaki yang dihargai atas sesuatu yang mereka lakukan, akan menjadi lebih romantis. Ini merupakan satu dorongan bagi mereka untuk menjadi orang lebih baik. Walaupun perkara yang dia buat tu takdala sebesar mana orang lain  buat, cukuplah dirinya dihargai dan dihormati. 

8) Lelaki ingin sentiasa percaya mempercayai antara satu sama lain 
Kepercayaan amat penting dalam sesuatu hubungan. Kalau tiada kepercayaan, maka hancurlah sesuatu hubungan. Lelaki inginkan perempuan mempercayaninya walaupun dia berada jauh dari perempuan tersebut.Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan perempuan, amat sukar pula untuk lelaki mengubah pendiriannya. 

9) Menjadi pendengar yang baik 
Lelaki menginginkan wanita yang mampu menjadi pendengar permasalahannya. Bagi lelaki perempuan yang disayangi merupakan perempuan yang merupakan sahabat susah dan senang yang boleh dia meluahkan segalan-galanya tanpa menyimpan rahsia sedikit pun. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin perempuan  katakan. Listen, listen dan listen. oopss jangan sesekali cakap ini di depan lelaki atau lelaki bercakap kepada perempuan.

10) Elakkan Pergaduhan dan mengucap maaf 
Bagi lelaki pergaduhan tidak perlu terjadi bagi perkara yang remeh temeh. Bagi lelaki juga perkara yang besar juga kalau boleh mereka taknak bergaduh, mereka kalau boleh hendak bawak berbincang. Kalau kekasih panas baran tu lain la kot..hhoho..Lelaki merasakan pergaduhan membuang masa dan banyak lagi perkara berfaedah yang perlu dilakukan. Dalam pergaduhan sememangnya perempuan akan menuding jari kepada lelaki namun sekiranya perkara itu kecil dan tidak perlu dibesar-besarkan segeralah meminta maaf. Sekiranya perempuan sukar meminta maaf atas kesalahan sendiri, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa perempuan adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk.

11) Lelaki inginkan kehidupan yang bebas  
Dalam dunia ni takda siapa-siapa yang ingin dikontrol hidupnya. Tidak kira lelaki atau wanita. bagilah mereka sedikit kebebasan untuk mereka melakukan apa yang mereka suka. Lelaki tidak suka berkepit 24 jam, begitu juga dengan perempuan. Masing-masing mempunyai kehidupan masing-masing. Bagi lelaki kalau dia dah sayang kepada perempuan tersebut, dia akan tetap setia. Jodoh Allah siapa yang tahu..kalau lelaki curang terima jelah yang dia bukan jodoh kita.







SHARE 3 comments

Add your comment

  1. huhu btul kan.. asyik perempuan je ini itu ini. lelaki kita xtau mcm mana.huhu

    ReplyDelete
  2. erm...tapi pernah tak lelaki tahu apa yg perempuan inginkan?hurmmm

    ReplyDelete
  3. jgn sesekali fikir anda pakar ttg lelaki. they r not only cunning but conniving. Beware!

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2